Manchester United bersiap sedia memberikan tawaran kontrak baru kepada Paul Pogba. Dan mereka sedia untuk menjadikan pemain itu sebagai pemain bergaji paling tinggi dalam kelab.

Mino Raiola menjadi orang tengah penting dalam usaha memastikan Pogba mendapat sekitar £400,000.

Beberapa tahun lalu, Mino Raiola mahukan gaji tertinggi di United selepas United dilaporkan membayar £550,000 seminggu kepada Alexis Sanchez.

Di mana Raiola ketika itu menyatakan bahawa, gaji tertinggi seharusnya diterima pemain bertaraf dunia dan yang terbaik di dalam pasukan, dan Raiola percaya orangnya ialah Pogba.

Dan Raiola meminta kontrak Pogba dirombak agar pemain itu mendapat gaji yang dengan Sanchez.

Selepas itu Man United menjadikan De Gea sebagai penjaga gol paling mahal gaji di dunia. Membuatkan Raiola ingin Pogba menjadi pemain tengah dengan gaji tertinggi di dunia.

Pogba kemudian dikatakan mahu berpindah dari United untuk mencari kelab lain yang lebih sesuai untuknya. Raiola secara terbuka menyatakan United tidak akan membantu karier Pogba berkembang.

Dan bertekad tidak akan membawa mana mana pemain dari agensinya ke sana lagi kerana Man United akan menghancurkan karier pemain termasuk pemain seperti Maradona dan Pele sekalipun.

Raiola juga menegaskan bahawa Pogba tidak gembira berada di United kerana tidak dapat mengekpresikan dirinya seperti kehendak dirinya. Lalu Raiola mencadangkan pemain itu mencari kelab baharu.

Selepas beberapa insiden dengan ejen. Akhirnya Pogba menjernihkan keadaan dan beliau berikrar akan terus setia bersama dengan United.

EpEZYNZXUAIT0d9

Pogba kemudian mendapat semula rentaknya pada musim ini. Membantu United mencabar kejuaraan Liga dan dalam landasan terbaik untuk ke final UEL.

Prestasi luar biasa Pogba membuatkan United segera mahu pemain itu mendapat kontrak baharu kerana kontrak semasa bakal berakhir pada tahun hadapan.

Akhir bulan ini ada pertemuan yang dijadualkan antara Man United dengan Raiola untuk membahas kontrak Pogba. United juga sudah menyediakan pelan B jika tidak ada kesepakatan dicapai. Mereka tidak rela Pogba pergi secara percuma.

https://twitter.com/MUFCunite/status/1389100987835731969

Beberapa nama sudah berada dalam senarai untuk menggantikan Pogba termasuk Declan Rice, Wilfred Ndidi dan Saul Niguez.

Baca juga artikel

Perlawanan Man United Dan Liverpool Ditunda Kerana Langgar SOP COVID-19

RASMI: Inter Milan Juara Itali! Tamatkan Monopoli 9 Tahun Juventus

Serie A: Ejekan ‘Sehingga Satu Lagi Calciopoli’ Bakal Tak Relevan, Inter Semakin Hampiri Kejuaraan