Manchester United telah diberi amaran oleh wartawan BILD di Jerman untuk mempercepatkan rundingan bagi mendapatkan Kai Havertz jika mereka benar benar mahu menandatangani pemain tersebut.

Bintang Bayer Leverkusen telah menjadi salah satu daripada sasaran musim panas Ole Gunnar Solskjaer.Tetapi, menurut Christian Falk dari BILD, Man Utd bukan satu-satunya yang berminat dengan tandatangannya.

Havertz dianggap sebagai antara bakat muda terbaik di dunia ketika ini. Maka tidak hairanlah pemain itu menarik minat banyak kelab Eropah termasuk kelab elit.

Pemain Jerman muda itu pasti akan menambahkan lagi kualiti yang diperlukan di barisan tengah United.

Tetapi persoalannya, adakah beliau sudah sedit meninggalkan Bayer Leverkusen dan beraksi di samping Paul Pogba atau Bruno Fernandes.

kai havertz

Bahagian tengah United ketika ini boleh dikatakan agak padat dengan pemain seperti McTominay dan Fred, selain daripada dua nama di atas.

Havertz adalah pemain penting dalam pasukan Leverkusen. Beliau pastinya akan memikirkan isu minit perlawanan. Jika Man United menjanjikan beliau minit perlawanan yang banyak, maka Havertz mungkin akan tertarik.

Menurut Christian Falk mengatakan: “Manchester United adalah pilihan untuk Kai Havertz, kerana pihak pengurusannya telah diberitahu tentang rancangan besar pasukan yang baru.”

“Tetapi, Chelsea lebih konkrit dalam perbincangan pada masa ini. Mungkin Chelsea sekali lagi lebih pantas daripada United, seperti dalam kes Timo Werner. ”

Havertz boleh yakin dengan rancangan besar di Manchester United dan visi Ole Gunnar Solskjaer tetapi mungkin masih tidak pasti beliau akan menjadi pemain kesebelasan utama.

Selain daripada Havertz, United juga masih memburu Jadon Sancho.

Selain daripada Chelsea dan Man United, Kai Havertz juga menarik minat daripada Barcelona, Real Madrid dan Bayern Munich, tak ketinggalan, Newcastle.

Baca juga perkembangan lain:

Mustahil Untuk Ronaldo-Dybala Bermain Bersama

Herrera Ingatkan Pogba, Kalau Nak Ke Real Madrid, Dia Kena Konsisten

Klopp: Werner Dan Havertz Pemain Hebat