AS Roma dan Man United dilaporkan masih gagal mencapai kesepakatan berkenaan dengan harga perpindahan bek tengah – Chris Smalling.

Oleh itu Roma kini sudah mula mencari opsyen lain untuk menggantikan Chris Smalling di bursa perpindahan musim panas kali ini.

Smalling sebelum ini diberikan kelepasan khas untuk menyelesaikan perpindahannya ke AS Roma secara tetap selepas satu musim pinjaman yang meyakinkan.

AS Roma sudah mengemukakan tawaran mereka sebelum musim lalu berakhir lagi. Namun tawaran mereka di bawah tanda harga diminta United.

Roma kemudian menyatakan mereka mungkin terpaksa melupakan khidmat Smalling secara tetap.

Tetapi kelab dari Rom itu kemudian melakukan bidaan sekali lagi pada jendela pra musim kali ini.

Ianya selepas Smalling menyatakan beliau sangat gembira dan senang berada di AS Roma.

Selain itu, Smalling kelihatan sudah bukan pemain pilihan utama di United jika dia kembali.

Smalling dikatakan sudah setuju dengan semua terma peribadi ditawarkan Roma, tinggal menunggu kedua dua kelab mencapai kesepakatan harga beliau.

Namun tawaran terbaru Roma telah ditolak Man United.

Roma mengemukakan tawaran €9 juta yang masih jauh daripada tanda harga €20 juta dikehendaki United.

United masih berkeras dengan pendirian mereka berkenaan dengan harga pemain itu.

Manchester United menyatakan mereka sudah meletakkan harga paling munasabah untuk Smalling memandangkan pemain itu cemerlang sepanjang tempoh pinjaman.

Roma kini menumpukan usaha untuk membawa masuk Marash Kumbula dengan harga yang lebih mahal. Tetapi pemain itu baru berusia 20 tahun dan merupakan pemain prospek.

Baca juga perkembangan lain

TERKINI: Diego Simeone Positif Covid-19

Highlight EPL: Hatrik Salah Bantu Liverpool Kalahkan Leeds Dalam Aksi Sengit

EPL: Willian Punca Kesemua Tiga Gol Arsenal