Kelab Bola Sepak Selangor (SFC) sekali lagi membuatkan para peminat bola sepak tempatan tidak senang duduk apabila melancarkan jersi istimewa untuk menghargai pemegang pas bermusim 2020.

Mereka mengambil inisiatif ini untuk menghargai 1,812 pemegang pas bermusim yang sentiasa memberikan sokongan padu kepada kelab ketika berdepan penularan wabak COVID-19.

Menurut kenyataan rasmi, jersi yang dihasilkan ini diinspirasikan oleh para penyokong setia yang tidak pernah berhenti menyokong perjuangan Selangor FC selama ini.

Lebih menarik, senarai nama 1,812 pemegang pas bermusim tersebut turut dipaparkan pada jersi itu sekaligus membuatkan para penyokong Selangor teruja dan tidak sabar untuk memilikinya.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada skuad Selangor akan memakai jersi ini dalam perlawanan Liga Malaysia pada musim 2022.

Jersi khas tersebut dijual pada harga RM139 dan boleh didapati di FASTC POP UP STORE bermula 11 Mac ini. Untuk pembeli secara atas talian, sila hubungi Khidmat Pelanggan di – 016-3012778.

Baca juga artikel lain mengenai pelancaran jersi pasukan Liga Super musim 2022 melalui pautan dibawah. 

Ini Jiwa Kita! – Kedah Perkenalkan Jersi Rasmi Musim 2022

Selangor Lancar Jersi ‘Away’ Musim 2022 Sempena Solidariti Bersama Pesakit Kanser Di Dunia

Sabah Lancarkan Jersi Musim 2022, Gunakan Slogan “12” Dan “My Skin”