Berdasarkan kemaskinilaman web rasmi unifi, saingan CIMB Liga Super Malaysia yang akan bersambung esok akan disiarkan secara PERCUMA kepada semua peminat bola sepak di Malaysia bermula 28 Ogos sehingga 10 Oktober 2020.

Melalui unifiTV semua perlawanan boleh ditonton menggunakan 5 saluran unifi Sports 1 hingga 5. Perlawanan itu juga boleh disaksikan menggunakan aplikasi unifi playTV menggunakan telefon untuk kemudahan pengguna dimana-mana sahaja.

YT1

YT2

Youtube Sebagai Platform Terbaru Tontonan

Pihak unifi juga kini memperkenalkan saluran Youtube rasmi untuk memudahkan lagi semua pihak terutamanya bukan pelanggan unifi untuk menonton perlawanan bola sepak CIMB Liga Super 2020.

Sila rujuk cara-cara untuk menonton perlawanan bola sepak seperti carta aliran dibawah;

YT

Refund Langganan Sedia Ada. Bagaimana?

unifi TV: ‘Full refund’ untuk pelanggan ‘ala carte’ dengan STB (Residential) RM10 sebulan, STB (SME) RM70 sebulan dan channel 701 (HoTes) RM12 sebulan.

Aplikasi unifi playTV: ‘Full refund’ untuk pas Liga Malaysia RM15 sebulan dan Daily Match Pass RM3.

Manakala untuk pemegang Pas Bermusim Liga Malaysia, sah laku bagi saingan CIMB Liga Super dan TM Piala Malaysia, langganan disambung sehingga 31 Julai 2021. Untuk pemegang pas Team Malaysia VVIP, langganan akan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sila rujuk FAQ disini.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

“Kelab ‘Monitor’ Pemain Kami Dan Offer, Bukan Guna Atau Suruh Kroni Tun Ambil. Tolong Jangan Samakan.” – TMJ

Penulis Bola Sepak Indonesia Ini Puji Langkah Luqman Hakim Tinggal Bersama Keluarga Angkat Di Belgium

Logo Baru Kelab Melaka United FC ‘Kantoi’ Diubahsuai, Logo Asal Milik Syarikat Bare Blends Dari Australia?