Semalam FMLLP mengumumkan penajaan besar oleh TM melalui jenama Unifi  memeterai perjanjian sebagai penaja utama Liga Super, Piala Malaysia dan penaja bersama bagi Piala FA bermula tahun ini sehingga 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, pihaknya amat teruja untuk meneruskan kerjasama dengan pihak FMLLP dalam membangunkan sukan bola sepak tempatan dan membawa lebih banyak detik menarik Liga Super kepada lebih ramai rakyat Malaysia.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, TM berkata, perjanjian selama lapan tahun itu membuktikan sokongan berterusan pihaknya terhadap pembangunan bola sepak tempatan dan menaikkan mutu sukan di negara ini.

 

Video Penjelasan Kevin Ramaligam Mengenai Penajaan Liga Oleh Unifi

.

VIDEO (PART 1): Penerangan berkenaan penajaan Telekom Malaysia dalam Liga Malaysia 2018 oleh Kevin Ramalingam, Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP.#FootballMalaysia#TransformingMalaysianFootball

Posted by Football Malaysia LLP on Thursday, 1 February 2018

 

“Kami amat teruja untuk meneruskan kerjasama dengan FMLLP dalam usaha membangunkan bola sepak tempatan dan membawa lebih banyak detik menarik dalam liga yang kini dikenali sebagai “unifi Liga Super Malaysia.”  jelas Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Shazalli Ramly.

“Seluruh peminat bola sepak di Malaysia boleh menonton setiap perlawanan dalam liga ini dan menyaksikan pasukan kegemaran mereka beraksi, kerana semua perlawanan akan disiarkan secara langsung melalui unifi TV dan menerusi semua skrin yang boleh diakses melalui aplikasi unifi PlayTV.

“Dengan kerjasama ini, unifi kini menjadi satu-satunya jenama yang menawarkan detik aksi bola sepak secara langsung dalam Definisi Tinggi Sepenuhnya di skrin peranti rumah dan di mana-mana saja menerusi aplikasi unifi serta PlayTV dan anda boleh menontonnya di mana-mana saja.”

Video Penerangan Kevin Ramaligam  Mengenai Isu  Jadual Perlawanan “LIVE”

.

VIDEO (PART 2): PENTING UNTUK MEREKA YANG INGIN MEMAHAMI JADUAL PERLAWANAN LIVE.#FootballMalaysia#TransformingMalaysianFootball

Posted by Football Malaysia LLP on Thursday, 1 February 2018

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group