Real Madrid jumpa Liverpool dalam aksi kalah mati pertama UCL musim ini. Ianya antara perlawanan yang menjadi tumpuan dalam aksi UCL musim ini.

Sebentar tadi telah pun selesai acara undian untuk perlawanan pusingan 16 akhir Liga Juara Juara Eropah 2022/23.

Ada dua perlawanan yang dianggap benar benar blockbuster. Juara enam kali, Liverpool akan berdepan dengan juara 14 kali, Real Madrid.

Dua kejuaraan terakhir Real Madrid dalam UCL adalah daripada kemenangan jumpa Liverpool dalam pentas final.

Seterusnya PSG akan bertemu dengan Bayern Munich. Di mana PSG meneruskan misi mencari UCL pertama mereka dalam sejarah terutama sekali pada era pemilikan Qatar.

PSG musim ini berada dalam prestasi yang sangat baik. Lionel Messi mendapat semula magisnya. Sementara Neymar dan Mbappe pula meneruskan prestasi cemerlang mereka.

Bayern Munich tanpa Lewandowski musim ini, masih lagi pasukan yang kuat dengan adanya Sadio Mane. Seterusnya prestasi yang mengejutkan dihadirkan oleh Choupo Moting juga boleh menjadi elemen penting.

Seperti PSG, Manchester City juga dalam misi memburu kejuaraan pertama mereka dalam Liga Juara-Juara Eropah. Cabaran pertama mereka di peringkat kalah mati adalah RB Leipzig.

Manchester City memiliki penyerang luar biasa yang terus serasi dengan pasukan mereka iaitu Erling Halland.

Berikut adalah keputusan undian penuh untuk pusingan 16 akhir.

Pasukan manakah akan melayakkan diri ke suku akhir? Kongsikan pandangan anda dengan kami.