Temasya dwi tahunan, Sukan SEA akan kembali pada 30 November hingga 11 Disember ini dimana Filipina dipilih sebagai tuan rumah bagi edisi kali ke-30. Sesi undian bagi acara bola sepak lelaki akan diadakan pada 3 Oktober mendatang dimana pemenang pingat perak edisi 2017, Malaysia telah diletakkan dalam balang 2.

Sebanyak 11 pasukan daripada kalangan negara ASEAN akan mengambil bahagian dalam temasya kali ini dan mereka akan dibahagikan kepada dua kumpulan. 11 pasukan terbabit telah dibahagikan kepada 4 balang mengikut prestasi yang diraih oleh mereka semasa Sukan SEA 2017.

Tuan rumah, Filipina dan pemenang pingat emas, Thailand diletakkan dalam Balang 1 manakala Malaysia diletakkan dalam balang 2 disamping pemenang pingat gangsa sekaligus seteru utama iaitu pasukan Indonesia.

Pasukan yang menduduki tempat keempat, Myanmar dan Vietnam berada dalam Balang 3 dan baki lima pasukan lagi iaitu Singapura, Laos, Brunei Darussalam, Timor Leste dan Kemboja diletakkan dalam Balang 4.

Saingan peringkat kumpulan bagi acara bola sepak lelaki ini akan bermula dari 25 November sehingga 5 Disember. Saingan separuh akhir pula dijangka dilangsung pada 7 Disember sementara penentuan tempat ke-3 dan perlawanan akhir diadakan pada 10 Disember.

Rizal_Memorial_Stadium

Tiga stadium telah dipilih bagi menjadi venue untuk acara bola sepak lelaki. Tiga stadium terbabit adalah Rizal Memorial Stadium, UMAK Football Stadium dan Binan Football Stadium.

Thailand berjaya merangkul pingat emas pada edisi 2017 dimana mereka menewaskan pasukan bimbingan Datuk Ong Kim Swee dengan keputusan 1-0 hasil daripada gol sendiri penjaga gol negara, Haziq Nadzli.

APA KOMEN ANDA?

Anda Mungkin Suka

© 2019 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group