Selepas Iraq sah menarik diri dari acara bola sepak Sukan Asia 2018 berikutan isu penipuan umur pemain, AFC telah menjalankan undian semula bagi pihak penganjur Sukan Asia serta Jawatankuasa Olimpik Asia.

Iraq sebelum ini berada dikedudukan C1 dalam kumpulan dan AFC telah membuat keputusan hanya akan mengambil pasukan Palestin dan UAE sahaja dalam undian ini bagi menyeimbangkan semula jumlah pasukan dalam semua kumpulan.

Kedudukan sebelum undian adalah seperti berikut:

2 kumpulan mempunyai 5 pasukan – Kumpulan A dan E
3 Kumpulan mempunyai 4 pasukan – Kumpulan B, D dan F
1 kumpulan mempunyai 3 pasukan – Kumpulan C

Pada majlis yang diadakan petang tadi, UAE telah diundi dikedudukan C1 menggantikan pasukan Iraq, manakala Palestin kekal dalam kumpulan A. Ini menjadikan jumlah pasukan dalam Kumpulan E kembali kepada 4 pasukan asal iaitu Korea Selatan, Kyrgyzstan, Malaysia dan Bahrain.

undian semula sukan asia

Disebabkan UAE sekarang berada dalam kumpulan C, pasukan Malaysia mempunyai masa rehat yang cukup panjang selepas perlawanan pertama pada 10 Ogos 2018 bertemu Kyrgyzstan. Perlawanan kedua Malaysia berhadapan Korea Selatan hanya akan diadakan pada 17 Ogos 2018, 5 hari bagi mempersiapkan skuad untuk berdepan juara bertahan.