Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) sudah menentukan kedudukan balang undian pasukan dalam saingan Piala AFF 2022 menjelang Majlis Undian Rasmi yang berlangsung di Bangkok pada 30 Ogos ini.

Piala AFF kini memasuki edisi yang ke 14 dan akan dikenali sebagai Piala AFF Mitsubishi Electric 2022. Syarikat pembuatan peralatan elektronik dan elektrik terkemuka global dari Jepun, Mitsubishi Electric merupakan penaja utama kejohanan tersebut.

Thailand yang merupakan juara bertahan berada dalam balang 1 bersama pasukan pilihan, Vietnam. Manakala Malaysia diletakkan dalam balang 2 bersama finalist edisi lepas, Indonesia.

Menurut laporan media dari Vietnam, AFF mengambil kira prestasi dalam dua edisi terakhir (2018 & 2020) untuk menentukan kedudukan pasukan dalam balang undian masing-masing.

Sementara itu, balang 3 diisi oleh pasukan Singapura dan Filipina. Myanmar dan Kemboja berada dalam balang 4. Satu lagi slot terakhir akan ditentukan melalui perlawanan play-off diantara Timor Leste menentang Brunei dan pemenangnya diletakkan dalam balang 5 bersama Laos.

Piala AFF tahun ini bakal kembali dengan format lama yang mempunyai perlawanan timbal balik (Home & Away). Ia bermakna perlawanan separuh akhir hingga final berpeluang berlangsung di gelanggang sendiri.

Seperti biasa, dua pasukan teratas dalam kumpulan akan berentap di separuh akhir dan seterusnya perlawanan akhir untuk penentuan sebagai juara.

Berikut adalah pembahagian balang undian Piala AFF 2022:

Balang 1: Vietnam dan Thailand
Balang 2: Indonesia dan Malaysia
Balang 3: Singapura dan Filipina
Balang 4: Myanmar dan Kemboja
Balang 5: Laos dan Timor Leste/Brunei Darussalam

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

Presiden Buriram United Enggan Hantar Pemain Muda Sertai Skuad Kebangsaan

ACL 2022: Urawa Red Terlalu Unggul, Perjalanan JDT Terhenti Di Saitama

FIFA Gantung India Kerana Campur Tangan Pihak Ketiga