Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mengesahkan undian Kelayakan Piala Asia 2023 akan berlangsung pada bulan Februari 2022. Perkembangan itu didedahkan oleh Naib Presiden Vietnam FA (VFF), Tran Quoc Tuan selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif AFC semalam.

Menurut sumber media Vietnam, salah satu perbincangan penting dalam mesyuarat tersebut ialah perancangan untuk menganjurkan Piala Asia 2023 dimana China akan menjadi tuan rumah.

AFC sebelum ini mengesahkan bahawa semua perlawanan kelayakan Piala Asia 2023 akan diadakan secara berpusat dan semua perlawanan mengikut format ‘single round robin’. Langkah itu dibuat setelah mengambil kira faktor-faktor serta cabaran yang disebabkan oleh pandemik COVID-19.

FOTO: AFC

3 tarikh telah ditetapkan untuk perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 iaitu 8,11 dan 14 Jun 2022 nanti. Venue perlawanan pada ketika ini masih belum ditetapkan dan ia dibuka untuk bidaan mana-mana ahli gabungan yang terlibat.

Perkara itu menarik minat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk membida hak sebagai tuan rumah supaya skuad Harimau Malaya mempunyai kelebihan beraksi di hadapan ribuan penyokong sendiri termasuk Ultras Malaya.

6 venue berpusat telah ditawarkan kepada 24 pasukan yang bertanding dalam saingan kelayakan itu.

Berdasarkan kedudukan ranking FIFA terkini, Malaysia akan berada dalam balang 3 undian Kelayakan Piala Asia 2023 bersama Hong Kong, Yaman, Afghanistan, Maldives dan Singapura.

24 pasukan ini akan dibahagikan kepada 6 kumpulan. Hanya juara kumpulan dan 5 pasukan naib juara kumpulan terbaik akan dapat tiket beraksi di pusingan akhir Piala Asia 2023.

Mereka akan menyertai 12 pasukan daripada pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022 yang telah mengesahkan tempat lebih awal untuk membentuk 24 pasukan terbaik bertanding di Piala Asia 2023 di China pada 17 Jun hingga 16 Julai 2023.

12 pasukan yang telah mengesahkan tempat di Piala Asia 2023 ialah Vietnam, Syria, China, Australia, Iraq, Iran, Saudi Arabia, Oman, Japan, UAE, Korea and Lebanon.

Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad Harimau Malaya melalui pautan dibawah.

Shebby Singh Cadang Harimau Malaya Pakai Formasi 3-4-3 Di Piala Suzuki AFF 2020

Peminat Gesa Tan Cheng Hoe Panggil Daniel Ting Perkuatkan Skuad Harimau Malaya

Piala Suzuki AFF: Harimau Malaya Jumpa Vietnam Lagi

Beri Peluang Kepada Luqman Hakim Barisi Jentera Serangan Harimau Malaya

Tawaran TMJ Uruskan Skuad Harimau Malaya Ditolak