Di tengah penularan wabak pandemik COVID-19, Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bakal mengadakan undian kejohanan AFC B-19 2020 di Kuala Lumpur pada 18 Jun ini.

Undian kejohanan AFC B-16 turut diadakan pada hari yang sama bermula pada pukul 2.30 petang kemudian diikuti dengan undian AFC B-19 pada pukul 4.30 petang. Bahrain dan Uzbekistan dipilih sebagai tuan rumah kedua-dua kejohanan tersebut.

Meskipun tiada pengumuman rasmi daripada AFC, perkembangan itu didedahkan melalui informasi yang dikongsi oleh Federasi Bola Sepak Vietnam (VFF).

Mengikut jadual, kejohanan AFC B-16 akan diadakan pada 16 September hingga 3 Oktober manakala kejohanan AFC B-19 berlangsung pada 14 sampai 31 Oktober. Namun, jika situasi semasa wabak COVID-19 semakin teruk, kejohanan itu mungkin ditangguhkan pada tahun depan.

Skuad Malaysia B-19 yang muncul sebagai juara kumpulan G kelayakan AFC B-19 pada bulan November tahun lepas diletakkan dalam balang tiga bersama Vietnam, Iraq dan Kemboja.

Selain Malaysia, 4 pasukan dari Asia Tenggara yang mengesahkan tempat ke kejohanan itu ialah Vietnam, Indonesia, Kemboja dan Laos.

Kegagalan Thailand mara ke pusingan akhir tahun hadapan merupakan kali pertama berlaku dalam tempoh 29 tahun. Kali terakhir Thailand gagal ke pusingan akhir adalah pada edisi 1990.

Ini juga merupakan penampilan yang ke 24 Malaysia dalam kejohanan AFC B-19 dan mempunyai rekod sebagai naib juara pada tahun 1959, 1960 dan 1968.

Baca artikel menarik mengenai perkembangan pasukan muda Malaysia dalam kempen AFF B-18 dan Kelayakan AFC B-19 tahun lepas.

Kelayakan AFC B-19: Aiman Afif Bantu Malaysia Catat Kemenangan Besar Ke Atas Kepulauan Mariana Utara

Jaringan Jarak Jauh Luqman Hakim Tarik Perhatian Selebriti Popular Tempatan

Dua Jaringan Luqman Hakim Bantu Malaysia Tewaskan Australia

Malaysia Tidak Berjaya Pertahankan Kejuaraan AFF B-18