Penjaga gol Sepanyol, Unai Simon menghamburkan kata kata penuh pujian kepada penjaga gol Switzerland, Yann Sommer selepas aksi suku akhir di antara kedua dua pasukan.

Pasukan Luis Enrique terpaksa bermain sehingga ke sepakan penalti kerana Yann Sommer.

Gol separuh masa pertama Jordi Alba dibalas oleh pemain tengah Liverpool, Xherdan Shaqiri menyamakan kedudukan sebelum waktu 90 minit aksi berakhir.

Namun, dengan kedua-dua pasukan tidak dapat menjaringkan sebarang gol dalam masa 30 minit ekstra, lalu penentuan penalti diperlukan untuk memisahkan kedua-dua pasukan.

Penjaga gol Athletic Bilbao, Simon menyelamatkan tiga sepakan penalti Switzerland untuk membantu negaranya mara ke separuh akhir dan dipilih sebagap pemain terbaik perlawanan.

“Anda harus memiliki mentaliti untuk setiap perlawanan”, kata Simon kepada Marca.

“Untuk separuh akhir, anda harus memulakan hal yang sama, dengan hanya memikirkan kemenangan.”

“Anda harus memilikinya untuk meneruskan dan memenangi Kejuaraan Eropah ini.”

Ditanya tentang pandangan beliau ketika menerima anugerah MVP perlawanan, Unai Simon menegaskan bahawa Yann Sommer lebih layak memenanginya.

“Sejujurnya? Saya akan memberikan MVP kepada Sommer, dia sangat bagus.”

Sommer sekali lagi cemerlang di gawangnya, selepas aksi bertenaga berdepan dengan Perancis sebelum ini.

Sommer melakukan 10 penyelamatan dalam perlawanan ini. Terbanya dilakukan oleh penjaga gol dalam satu perlawanan Euro 2020.

Sepanyol akan berdepan dengan Itali dalam aksi separuh akhir. Ini selepas Itali berjaya menewaskan Belgium dalam satu lagi aksi suku akhir.

Baca juga artikel

Euro 2020: Sepanyol ‘Berdebar’ Sebelum Mara Ke Separuh Akhir

Euro 2020: Itali Teruskan Kemaraan, Belgium Pulang Hampa

10 Penerima Gaji Tertinggi Di United Didedahkan, Sancho Kedua Tertinggi