Pemain tengah skuad B-18 tahun negara Umar Hakeem Suhar Redzuan memberikan sebab mengapa beliau memilih juara Liga Super musim ini, Johor Darul Ta’zim sebagai destinasi seterusnya dalam karier bola sepak yang bakal menginjak tahap profesional tidak lama lagi.

Menurut Umar, fasiliti berkelas dunia yang dimiliki kelab tersebut dan visi yang dimiliki oleh pemilik kelab, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menjadi faktor utama mengapa pemain berusia 17 tahun itu menerima tawaran yang diberikan kepadanya.

Umar Hakeem
Umar Hakeem. Sumber Gambar: Stadium Astro

“Johor Darul Ta’zim merupakan satu pasukan yang kukuh. Satu (faktor) lagi ialah TMJ (Pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim), yang amat bersemangat untuk membangunkan bola sepak di negeri itu.

“Jadi, saya rasa lebih baik menyertai pasukan yang banyak mengambil ilmu dari luar negara,” katanya menurut laporan Stadium Astro.

Seorang lagi pemain, Ahmad Zikri Mohd Khalili pula menegaskan beliau lebih memilih juara Piala Malaysia 33 kali, Selangor berbanding JDT kerana skuad Gergasi Merah dianggap mampu memberi lebih banyak minit bermain berbanding skuad Harimau Selatan.

Umar Hakeem
Zikri (14).

“Benar, JDT mempunyai fasiliti yang lebih baik tetapi saya memilih Selangor kerana mereka lebih berminat untuk mendapatkan saya.

“Saya juga memikirkan mengenai minit permainan dan saya rasa dengan memilih Selangor, permainan saya akan lebih cepat matang,” kata Zikri.

Baca artikel lain mengenai pemain skuad B-18 tahun negara di sini:

Skuad Malaysia B-18 Dapat Pengalaman Yang Berguna Di Dubai

24 Pemain Skuad Malaysia B-18 Dibawa Menjalani Latihan Di Luar Negara

Ong Kim Swee Tidak Setuju Luqman Hakim Dipanggil Sertai Skuad Harimau Malaya