Kumpulan penyokong Terengganu, Ultras Tranung mengeluarkan kenyataan dimana mereka menolak pelantikan pengurus pasukan yang tidak mempunyai pengalaman serta kelayakan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Menurut kumpulan penyokong itu, skuad utama Terengganu bukanlah medan untuk bereksperimen dan individu yang mempunyai pengalaman serta kelayakan sahaja yang harus diberikan tanggungjawab untuk menguruskan pasukan.

“Untuk kestabilan bolasepak Terengganu keseluruhannya, kami mendesak agar hanya yang berkelayakan dalam bidang/jawatan masing-masing perlu di timbang tara untuk mengisi sesuatu jawatan dalam skuad utama Terengganu FC.

“Jika pemilihan sentiasa berkisar kepada kroni, lantikan politik, lantikan 3 phase cable, sampai bila-bila pun kita takkan capai kestabilan dalam menguruskan sesuatu.

“Kita sedang bertatih ke arah penswastaan, maka perlahan-lahan lah kita kikis pelantikan sebegini cara. Pelantikan ketua jurulatih pun kita perlukan A level license, apatah lagi pengurus yang memerlukan pengalaman dalam mengenal pasti kehendak dan keperluan pasukan.

“Sentiasa bersama pasukan setiap perlawanan, membantu melancarkan perjalanan pasukan di home atau away, menjaga kebajikan pasukan, mengenal pasti selok belok undang-undang bola sepak Malaysia yang hanya jika kesilapan kecil pun akan menyumbang kearah hukuman mata kepada pasukan.

“Kepada Board of Directors terutamanya Presiden, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar & Exco Sukan Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah yang diberi tanggungjawab memilih, pilih lah dengan Adil dan penuh amanah. Bukan dengan memilih cara #DokTeraDokTahu ni, bukan di skuad utama. Sama-sama kita bersatu demi sukan rakyat, sukan penyatupaduan, sukan nombor 1 di Terengganu ini,” dipetik dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Ultras Tranung.

Sebelum ini, pengurus Terengganu, Joe Rozi memberi bayangan di laman media sosial Twitter miliknya dimana beliau akan meninggalkan pasukan setelah pemain baharu bagi musim 2022 ditandatangani.

Dalam saingan musim 2021, Terengganu menduduki tangga keempat dalam saingan Liga Super dan mara sehingga ke peringkat separuh akhir dalam saingan Piala Malaysia dimana mereka tewas kepada Johor Darul Ta’zim (JDT).

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim hadapan di sini:

Bekas Kapten Skuad Malaysia B-23 Sertai Terengganu Musim Depan

Hakka Clo Plt Pembekal Rasmi Kelengkapan Sukan Sri Pahang Dengan Nilai Tajaan RM1.13 Juta

Selangor Beri Makna Cukup Besar Buat Nidzam Jamil