Kumpulang penyokong pasukan Terengganu, Ultras Tranung nyata kurang senang degan khabar angin yang menyatakan ketua jurulatih pasukan, Nafuzi Zain yang dikhabarkan akan meninggalkan pasukan pada penghujung musim ini.

Melalui satu post di laman sosial Facebook, kumpulan penyokong itu berpendapat berita mengenai Nafuzi akan meninggalkan pasukan hanya direka oleh seorang ejen yang dikenali sebagai Joe Etsrada yang mengendaliakn sebuah agensi iaitu Joe Estrada Sport Agency.

Ultras Tranung menganggap Joe Estrada sebagai individu yang memecahbelahkan keharmonian pasukan dengan membuat cerita mengenai masa depan Nafuzi ketika saingan musim 2021 belum melabuhkan tirai. Tambah mereka, tiada istilah cabaran baharu seperti yang ditulis oleh ejen terbabit di laman Instagram Story miliknya dimana cabaran sebenar Nafuzi ialah membawa pasukan ke saingan Piala AFC musim hadapan, bukan menyertai pasukan lain.

Kumpulan penyokong itu turut memberi amaran kepada ejen terbabit supaya tidak mencetuskan sebarang isu mengenai pasukan Terengganu. Mereka juga menggesa pihak pengurusan agar tidak membenarkan ejen tersebut mendekati pasukan serta melabel beliau sebagai parasit.

Baru-baru ini, timbul persoalan mengenai masa depan Nafuzi bersama Terengganu selepas jurulatih itu mendapat surat tunjuk sebab ekoran tewas dua perlawanan berturut-turut sebelum turun beraksi menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) minggu lalu.

Nafuzi mengesahkan mengenai surat tunjuk sebab yang diterimanya dan menganggap perkara tersebut sebagai satu perkara yang biasa dalam bola sepak apatah lagi pasukan sedang tidak menampilkan prestasi terbaik.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Perak Sasar Juara Liga Premier Musim Depan

Liga Super: Ifedayo Olesegun Pecahkan Rekod Mohamad Ghaddar

Nafuzi Zain: Surat Tunjuk Sebab Lumrah Dalam Bola Sepak