Kumpulan penyokong setia skuad Helang Merah, Ultras Kedah 2009 (UK09) semalam telah hadir ke Pejabat Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) untuk menyampaikan sumbangan ikhlas yang berupa wang berjumlah RM 1000.

Sumbangan tersebut adalah hasil daripada penjualan merchandise rasmi mereka untuk membantu meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh persatuan tersebut akibat daripada penularan wabak pandemik.

Wabak COVID-19 itu menyebabkan ekonomi negara telah terjejas sehingga memberi masalah kepada syarikat penaja pasukan untuk terus memberi penajaan ditambah pula dengan ketiadaan pendapatan dari segi kutipan tiket.

Situasi itu turut menjejaskan moral para pemain dan jurulatih apabila mereka dilaporkan tidak menerima gaji dalam tempoh beberapa bulan.

“Dalam keadaan dunia sekarang termasuk Malaysia yang sedang dilanda wabak COVID-19 ini, kebanyakkan sektor amat terkesan termasuk bola sepak.

“Dengan sumbangan ini diharap sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan yang sedang ditanggung persatuan.

“Sumber kewangan ini juga adalah hasil penjualan ‘Merchandise UK 10 years’. Terima kasih untuk semua yang menyokong produk UK09,” kata Ultras Kedah dalam satu kenyataan di laman facebook mereka.

Walaupun nilai sumbangan tersebut mungkin sedikit, tetapi sekurang-kurangnya mereka telah melaksanakan tanggungjawab untuk membantu pasukan yang disayangi itu sekaligus mempengaruhi penyokong lain untuk melakukan perkara yang sama.

Ini juga menunjukkan kepentingan penyokong yang merupakan sebahagian daripada pasukan.

Beberapa hari yang lalu, VOCKET FC telah menerbitkan sebuah artikel yang menceritakan bagaimana UltraSel telah muncul sebagai penaja pasukan Selangor FA untuk musim 2020 apabila mereka mengambil pakej penajaan Titan dari skuad Gergasi Merah itu.

Kisah mengenai inisiatif yang terpuji itu bukan sahaja tersebar meluas di Malaysia malahan telah menjadi satu topik yang menarik minat dan perhatian sebuah portal sukan terbesar di Thailand iaitu SiamSport.

Baca lebih lanjut melalui artikel dibawah mengenai kisah UltraSel yang pernah dilaporkan sebelum ini. 

UltraSel Muncul Sebagai Penaja ‘Titan’ Selangor FA, Dana RM10,000 Datang Dari Hasil Jualan Merchandise Rasmi

Kisah UltraSel Menaja Pasukan Selangor FA Tarik Perhatian Media Sukan Terbesar Di Thailand