Ketika seluruh dunia sedang dilanda wabak pandemik, COVID-19, peminat bola sepak Korea Selatan tiba-tiba dikejutkan dengan kedatangan bintang Brazil, Neymar sebagai pemain baharu kelab K-League, Ulsan Hyundai.

Kelab tersebut mengumumkan mereka telah berjaya mencapai rundingan dengan Paris Saint Germain (PSG) untuk menandatangani Neymar bagi memperkuatkan jentera serangan pada musim ini.

Pada mulanya penyokong Ulsan Hyundai menyatakan kegembiraan mereka di bahagian komen laman sosial tersebut kemudian mereka menyedari terdapat satu hashtag #Aprilfools di bahagian bawah lalu menggangap ia sekadar ‘prank’ semata-mata.

Pelbagai reaksi berbeza diberikan oleh peminat bola sepak Korea Selatan di ruang komen laman instagram tersebut dan ada juga melabelkan Ulsan Hyundai tidak sensitif dengan isu COVID-19 yang melanda negara itu.

Malah, ada juga berseloroh mengatakan Neymar bukanlah pemain berkualiti untuk dibawa masuk dalam K-League kerana terdapat ramai lagi pemain yang lebih baik daripadanya.

Ketika ini, media eropah melaporkan Neymar hampir pasti meninggalkan PSG tetapi bukan untuk menyertai kelab Korea Selatan sebaliknya beliau kemungkinan akan kembali menyertai Barcelona.

Menurut laporan daripada Mail Sport, Barcelona berharap PSG dapat mencapai persetujuan mengenai pertukaran Antoine Griezmann kepada Neymar dengan nilai perpindahan lebih £200 juta pound.

Dengan khabar bertebaran mengenai kepulangan Neymar ke Barca, Griezmann dikatakan memberi persetujuan tentang perkara tersebut. Ramai pemerhati melihat kembalinya Neymar ke Barca akan meletakkan kedudukan Griezmann berada di dalam tekanan.

Untuk rekod, Neymar meninggalkan Barcelona untuk ke PSG pada 2017 dengan rekod dunia £198 juta pound (RM1.036 bilion).

Dia memiliki kontrak di PSG hingga tahun 2022 tapi khabar angin semakin bertiup kencang kebelakangan ini menyatakan dia semakin hampir meninggalkan kelab tersebut.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak dunia melalui pautan dibawah.

Reina Kongsi Pengalaman Ngeri Dijangkiti Koronavirus

Pengadil Wanita Sepanyol Ini Antara ‘Frontliners’ Yang Sedang Berperang Dengan Wabak COVID-19

Diego Silva: “Kalau Tengok Siaran TV Perlawanan Liga Vietnam, Orang Akan Kata Ini Siaran Liga Amatur”