Ketua jurulatih skuad kebangsaan bola sepak Malaysia, Tan Cheng Hoe akan bermula pada 22 Mac nanti apabila pasukan malaysia dijadualkan akan bertemu dengan Mongolia di Stadium nasional Bukit Jalil.

Perlawanan ini juga adalah merupakan medan ujian untuk pengendali baru skuad kebangsaan Malaysia itu menjelang pertemuan dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Lebanon pada 27 Mac 2018.

Walaupun Malaysia sekadar melengkapkan jadual kerana telah tersingkir dalam perebutan 2 tempat teratas kumpulan B kepada Lebanon, Korea Utara dan juga Hong Kong, ia adalah satu perlawanan penting kerana mampu memberikan mata yang banyak sekiranya berjaya mengatasi Lebanon.

Kembali Beraksi Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Perlawanan kompetitif terakhir skuad Harimau Malaya di Bukit Jalil adalah pada 16 Jun 2015, dalam aksi kelayakan Piala Dunia zon Asia menentang Palestin, manakala pasukan pilihan Malaysia menentang Liverpool merupakan perlawanan terakhir dilangsungkan di stadium tersebut sebelum ia ditutup bagi kerja penambahbaikan sempena Sukan SEA 2017.

kl-sports-city_1

“Setakat ini, kemungkinannya ia akan diadakan di Bukit Jalil. Setakat ini, stadium itu sedia digunakan,” kata Hamidin.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Azman Fahmi Osman, mereka sedang berusaha untuk memastikan keadaan stadium tersedia dengan rapi, terutama kawasan padang selepas ia digunakan bagi aksi perlawanan persahabatan ragbi 15 sepasukan, 4 Februari lalu.

“Sebenarnya kami bangga kerana padang kami masih lagi terkawal. Kami juga tidak menyangka kerosakannya tidaklah seperti yang kami jangkakan. Kini, kami sedang mempersiapkan padang untuk perlawanan bola sepak antarabangsa bulan depan,” kata Azman.

Sumber