UiTM dilaporkan mahu meminjam bekas ketua pasukan Harimau Muda pada jendela perpindahan kedua musim ini bagi memperkuatkan pasukan dalam usaha untuk mengelak dark tersingkir ke saingan Liga Perdana musim hadapan.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam namun beliau tidak menyebut secara spesifik pemain mana yang menjadi sasaran UiTM.

Beberapa pemain seperti Fandi Othman, Nazmi Faiz Mansor dan Irfan Fazail sebelum ini pernah dilantik sebagai ketua pasukan skuad Harimau Muda sebelum program itu tidak dilanjutkan pada 2015.

Melihat kepada situasi semasa, besar kemungkinan pemain yang diburu oleh UiTM ialah Irfan Fazail yang ketika ini beraksi bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) II dalam saingan Liga Perdana.

Sebelum ini, Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards menegaskan pihaknya akan meminjamkan pemain-pemain ke beberapa buah kelab dalam saingan Liga Super.

Harimau Muda
Sumber Gambar: JST

Empat buah kelab dalam saingan Liga Super Malaysia yang akan menjadi destinasi pemain-pemain itu nanti adalah Melaka United, Sri Pahang, Sabah dan juga UiTM.

Seorang lagi pemain, Gary Steven Robbat dikhabarkan semakin hampir untuk menyertai Melaka United secara pinjaman bagi menghadapi baki saingan musim 2021.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

JDT Bayar RM1.6 Juta Dapatkan Khidmat Bergson Secara Tetap

JDT Tandatangani Bergson Da Silva Secara Tetap

TMJ Dedahkan Perancangan Masa Depan JDT, Gonzalo Cabrera Sebagai Pemain Naturalisasi 2022?