Pasukan UiTM FC melakukan rombakan besar-besaran baik dari segi pemain mahupun staf kejurulatihan bagi menghadapi saingan Liga Premier musim hadapan.

Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab di laman media sosial dimana pasukan itu mencari pemain bagi membarisi skuad yang akan bersaing di Liga Premier selain Piala Presiden dan Piala Belia.

Selain itu, UiTM juga mencari ketua jurulatih, penolong ketua jurulatih, penolong jurulatih, jurulatih penjaga gol, jurulatih kecergasan, ahli fisioterapi dan kitman bagi ketiga-tiga skuad yang disebutkan di atas.

The Lion Troops menampilkan prestasi hambar dalam saingan Liga Super musim ini dimana mereka menduduki tangga tercorot sekaligus tersingkir ke saingan Liga Premier musim hadapan selain tidak layak beraksi di Piala Malaysia musim ini.

Prestasi UiTM musim ini cukup berbez jika dibandingkan dengan musim 2020 dimana pasukan itu menamatkan saingan Liga Super di tangga keenam, hanya dibezakan oleh jumlah jaringan dengan pasukan di tangga kelima iaitu Selangor dan lebih baik berbanding pasukan yang mempunyai bajet lebih besar seperti Sri Pahang, Melaka United dan Sabah.

Pemain import yang kurang menyerlah juga menjadi salah satu sebab mengapa pasukan itu gagal untuk menampilkan prestasi terbaik meskipun mereka menukar sebahagian besar pemain import pada jendela perpindahan kedua.

Faktor lain yang menjadi penyumbang kepada kejatuhan UiTM ke divisyen kedua musim hadapan ialah pertukaran ketua jurulatih antara Frank Bernhardt dan Reduan Abdullah pada pertengahan musim.

Mengikut jejak langkah UiTM tersingkir ke Liga Premier ialah Perak yang mana pasukan itu ketika ini sedang berdepan krisis prestasi dan juga keengganan pihak pengurusan untuk meringankan syarat bagi mana-mana pihak yang mahu membeli saham pasukan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:

Stadium Nasional Bukit Jalil Kembali Jadi Gelanggang Final Piala Malaysia 2021

Bojan Hodak: Perasaan Yang Istimewa Dapat Bawa KL City Ke Suku Akhir

Shahrel Fikri Tetap Berhati-Hati Meskipun Sudah Kembali Beraksi