Tahun depan semua jurulatih pasukan Liga Super diwajibkan mempunyai lesen kejurulatihan Diploma AFC Pro bagi memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Bagaimanapun, UiTM FC yang dinaikkan pangkat ke saingan Liga Super 2020 tidak mempunyai jurulatih dengan lesen tersebut sehingga memaksa mereka mencari pengendali baharu.

Pasukan universiti itu mengisi kekosongan yang ditinggalkan PKNS FC apabila dijadikan sebagai “feeder club” kepada Selangor.

Berdasarkan laporan daripada Stadium Astro, jurulatih pasukan Pahang, Dollah Salleh disebut-sebut akan menyertai UiTM FC namun ia dinafikan oleh pengurus skuad itu, Mustaza Ahmad sambil menegaskan mereka masih mengekalkan khidmat Ismail Zakaria.

74238133_425836384781272_7142972681346875392_o
FOTO: UiTM FC

“Mana kami ada duit untuk mendapatkan khidmat Dollah Salleh.

“Ismail sudah membawa UiTM ke tahap ini, pihak pengurusan akan memberikannya penghormatan (mengemudi pasukan) tetapi terpulang kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk memutuskan kedudukannya.

“Kalau MFL kata tidak boleh, kami tidak boleh kata apa-apa,” katanya kepada Astro Arena.

Dollah Salleh yang dinobatkan sebagai jurulatih terbaik dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) baru-baru ini membawa Pahang muncul sebagai naib juara Liga Super musim ini dan mara ke peringkat separuh akhir Piala FA serta Piala Malaysia.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan pasukan Liga Malaysia.

Diego Maradona Bakal Jurulatih Baharu Skuad Tok Gajah Musim Depan?

Lagenda Indonesia Bakal Kendalikan Pasukan Sabah?

Khalid Samad Dipilih Sebagai Presiden KLFA, Sasar Kelompok Empat Terbaik Liga Super 2021