UiTM FC memutuskan untuk menamatkan kontrak dua pemain import mereka ekoran prestasi kurang cemerlang yang ditampilkan dalam saingan Liga Super musim ini.

Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Syakirah Zulkifli, dua pemain yang dimaksudkan ialah Abou Bakr Al-Mel dan penjaga gol, Dominik Picak.

Abou Bakr yang juga bekas pemain Kelantan gagal untuk menampilkan prestasi yang baik di bahagian serangan meskipun mempunyai pengalaman beraksi dalam saingan Liga Malaysia sebelum ini.

Dalam lapan penampilan di Liga Super, pemain dari Lubnan itu gagal menjaringkan sebarang gol sekaligus dianggap sebagai penumpang dalam pasukan.

Bagi Picak pula, meskipun berstatus pemain import, namun beliau hanya diturunkan dalam lima perlawanan sahaja dan telah dibolosi sebanyak 9 gol.

Bagi memantapkan semula pasukan, pengurusan pasukan UiTM telah menandatangani bekas pemain tengah musim lalu iaitu Ousmane Fane.

Khidmat dua lagi pemain import musim ini iaitu Nana Poku dan Victor Nirennold yang juga ketua pasukan masih diperlukan bagi memperkuatkan pasukan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Bek Kental Penang, Ryuji Utomo Dipanggil Sertai Skuad Indonesia Hadapi Kelayakan Piala Dunia 2022

Media Jepun Ini Dedahkan Honda Keisuke Terima Tawaran Untuk Beraksi Dengan Pasukan Selangor

Nafuzi Zain Tuntut Aksi Konsisten Anak Buah Bagi Hadapi Penang