Destinasi ketua jurulatih UiTM FC, Frank Bernhardt menjadi tanda tanya selepas kelab tersebut mencari jurulatih baharu bagi saingan Liga Malaysia musim hadapan.

Menurut perkongsian wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, UiTM dikhabarkan mencari ketua jurulatih baharu selepas ada pasukan yang mahu mendapatkan khidmat Bernhardt dan memberikan tawaran lebih baik berbanding skuad The Lion Troops itu.

Masih menjadi misteri tentang pasukan yang memberikan tawaran kepada Frank Bernhardt, sama ada pasukan dari saingan Liga Super ataupun Liga Perdana.

Bernhardt dianggap sebagai salah satu jurulatih terbaik dalam saingan Liga Super musim ini dimana beliau membimbing UiTM menamatkan saingan di tangga ke-6.

Dengan bajet yang terhad serta kekuranhan pemain bintang, UiTM masih lagi mampu untuk menjadi enam pasukan terbaik dalam Liga Super, memandangkan mereka baru sahaj dinaikkan pangkat ke divisyen utama musim ini.

Dalam saingan Piala Malaysia, UiTM diundi bertemu pasukan Liga Perdana, Kelantan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:

Selangor Bakal Bangunkan ‘Youth & Sport City’ Dengan Nilai GDV RM8 Bilion Dikawasan Stadium Shah Alam

Felda United Dan UKM FC Gagal Penswastaan Kelab Bola Sepak Bersyarikat, Sah Tidak Layak Sertai Liga Anjuran MFL 2021

90 Peratus Penyertaan Reka Cipta Logo Kedah Belum Capai Tahap Karya Professional