Pendatang baharu Liga Premier, UiTM FC mengadakan satu sesi pemilihan pemain bagi membawa cabaran pasukan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2022.

Perkara ini dikongsikan oleh pihak kelab menerusi laman media sosial rasmi pasukan dimana mereka menetapkan beberapa kriteria kepada pemain yang berminat untuk menyertai sesi pemilihan.

Antara syarat yang diletakkan ialah pemain harus berumur 26 tahun dan kebawah selain pemain yang berstatus pelajar di mana-mana institut pengajian tinggi sangat digalakkan untuk menyertai sesi pemilihan.

UiTM sebelum ini dikhabarkan bakal menarik diri dari saingan Liga Malaysia bagi musim 2022 setelah ramai pemain utama angkat kaki dan menyertai pasukan lain.

The Lions Troop tersingkir ke saingan Liga Premier musim ini selepas mereka menamatkan saingan Liga Super musim lalu di tangga ke-12, mengutip 13 mata dari 22 perlawanan yang dihadapi.

Meskipun menampilkan kebangkitan pada penghujung saingan, namun usaha yang ditampilkan oleh UiTM FC tidak mencukupi dan mereka tersingkir ke saingan divisyen dua bersama Perak.

Dari segi staf kejurulatihan, masih belum ada pengesahan dari pihak kelab sama ada Frank Bernhardt akan terus mengendalikan pasukan atau bakal digantikan dengan ketua jurulatih lain.

Musim lalu, selain dibimbing oleh Frank Bernhardt, UiTM juga melantik Reduan Abdullah sebagai ketua jurulatih ketika liga memasuki peringkat pertengahan.

Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia musim 2022 di sini:

Sri Pahang Semakin Hampir Dapatkan Khidmat Penjaga Gol Dari Mali

MFL Lancar Bola Rasmi Liga Malaysia 2022 Bertemakan Warna Jalur Gemilang

Bekas Ketua Polis KL Dipilih Mengetuai Badan Bebas Siasat Kegagalan Harimau Malaya Di Piala Suzuki AFF 2020