Manchester United berjaya menyingkirkan Granada, untuk mara ke separuh akhir Liga Europa. United sekali lagi mencatatkan kemenangan 2-0 ke atas Granada.

Dalam aksi yang berlangsung di Old Trafford, Man United mendominasi perlawanan sejak dari awal sepak mula. Man United hanya memerlukan masa 6 minit untuk membuka tirai jaringan ke atas Granada menerusi gol Edinson Cavani.

Nasib Granada lebih malang apabila Jesus Vallejo tertampan bola ke gawang sendiri pada minit akhir perlawanan.

Man United juga berjaya mengakhiri perlawanan ini dengan kemenangan 2-0, ataupun 4-0 secara agregat ke atas Granada. Hasil daripada kemenangan ini, Man United akan bertemu AS Roma di separuh akhir.

Roma layak ke separuh akhir Liga Europa setelah menyingkirkan Ajax Amsterdam dengan agregat 3-2.

Selepas perlawanan menentang Granada, pengurus Man United, Ole Gunnar Solskjaer, mengakui bahawa dia sudah tidak sabar untuk aksi separuh akhir Liga Europa menentang Roma. Ole tidak bersembunyi menyatakan beliau kurang arif tentang kekuatan dan kelemahan lawan mereka itu.

Solskjaer berkata: “Saya jarang melihat mereka [Roma] beraksi. Saya tahu mereka bermain dua perlawanan baik menentang Ajax. Mereka bertahan dengan baik, seperti yang selalu dilakukan pasukan Itali.”

“Kami semua tahu kualiti Edin Dzeko, jadi setiap bola di dalam kotak penalti kami akan memberikan ancaman kepada kami. Kami menantikan perlawanan menentang Roma.” Kami berada di separuh akhir ketika ini.”

Ole Gunnar Solskjaer kemudian berharap pasukannya akan menamatkan saingan musim ini dengan piala.

“Rasanya seperti perlawanan Eropah yang selayaknya kerana Roma adalah kelab yang mempunyai banyak sejarah. Kami telah bermain dengan baik menentang pasukan Itali sebelum ini. Kami ke sana dengan harapan untuk mara ke final. Sekiranya kita dapat menghabiskan musim dengan piala, itu akan menjadi bagus.”

Rekod Ole Gunnar Solskjaer di separuh akhir agak merisaukan. Di mana dalam 4 semifinal yang United tempuhi bersama dengan Ole, kesemuanya berakhir dengan kegagalan.

Adakah kali ini United akan menamatkan badi tersebut?

Baca juga artikel lain

Foden Mahu Pecat Pegawai Media Yang Cabar Mbappe Di Twitternya

Highlight UCL: Real Singkir Liverpool, Jumpa Chelsea Di Separuh Akhir

Highlight UCL: Gol Spektakular Foden Bunuh Perjuangan Dortmund