Sevilla mencatat kemenangan 3-2 ke atas Inter Milan dalam aksi final Liga Europa di RheinEnergieStadion, Cologne.

Keputusan ini menjadikan Los Nervionenses merangkul trofi Liga Europa keenam dalam sejarah mereka.

4 ketika ianya dikenali sebagai Piala UEFA dan 2 sebagai UEL.

Tiada pasukan yang menjuarai Europa League lebih banyak daripada Sevilla di dalam sejarah. Di mana mereka mencatatkan 6 kejuaraan daripada 6 final.

Aksi kedua dua pasukan agak menarik. Inter Milan diberikan penalti seawal perlawanan, kurang daripada 5 minit daripada wisel permulaan.

Ini selepas Romelu Lukaku dijatuhkan oleh Diego Carlos di kotak penalti.

Lukaku dengan tenang menewaskan Yassine Bounou untuk meletakkan Inter terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-5.

Ketinggalan dengan satu gol di belakang, Sevilla memperbaiki aksi mereka dan tampil dengan lebih bertenaga.

Hasil kerja keras mereka, Luuk De Jong menyamakan kedudukan pada minit ke-12. De Jong menyambar umpanan daripada kapten pasukan, Jesus Navas. De Jong menanduk kemas.

De Jong sekali lagi berada dalam senarai penjaring pada minit ke-33, juga menerusi tandukan. De Jong menyambut kemas sepakan percuma daripada Ever Banega.

Namun kegembiraan Sevilla tak bertahan lama. Ini apabila, dua minit kemudian, Diego Godin menyamakan kedudukan. Gol yang juga menerusi tandukan, hasil umpanan bola mati.

Separu masa pertama berakhir dengan keputusan 2-2.

Pada separuh masa kedua, aksi kedua dua pasukan kekal sengit dan saling menyukarkan satu sama lain.

Diego Carlos kemudian meletakkan namanya sebagai penjaring gol kejuaraan.

Ini apabila Carlos melakukan libasan gunting pada minit ke-74. Bola terbias pada kaki Lukaku dan menerjah gawang.

Ianya malam yang agak bercampur emosi buat Diego Carlos. Beliau pemain yang melakukan kesilapan awal dengan memberikan penalti kepada lawan.

Beliau juga sudah 3 perlawanan berturut turut memberikan penalti kepada lawan.

Tetapi, langit tak selalu gelap, ternyata malam final kali ini berakhir dengan keceriaan berganda buat Carlos.

Sevilla diancam dengan satu percubaan bahaya Alexis Sanchez. Namun bola dikeluarkan dari atas garisan gol.

Tamat perlawanan – Sevilla 3 Inter 2.

Navas mencatatkan kejuaraan UEL ketiga bersama Sevilla. 2 ketika ianya dikenali dengan Uefa Cup dan ini adalah yang pertama dengan nama Liga Europa.

Baca juga perkembangan lain

TERKINI: Maguire Serang Polis Di Greece, Akan Diberikan Penalti

Ejen Jemput Ronaldo, Messi Sertai Neymar Di PSG & Jangan Ragui Ekonomi Qatar

Alphonso Davies Faham Kenapa Lionel Messi Menolak Untuk Memberikannya Jersi