Rangers gagal melepasi cabaran terakhir untuk mereka bergelar juara eropah dari Scotland. Ini selepas mereka gagal mempertahankan gol pendahuluan dan tewas 5-4 penentuan penalti kepada Eintracht Frankfurt di Seville.

Suasana di dalam stadium sangat meriah dengan kehadiran penyokong fanatik kedua dua pasukan.

Joe Aribo membuatkan penyokong Gers teruja dengan gol pembukaan di stadium Ramon Sanchez-Pizjuan pada minit ke-57.

Bagaimanapun, penyerang Colombia Rafael Borre menyamakan kedudukan pada minit ke-68 untuk mengheret permainan ke masa ekstra 30 minit.

Penjaga gol Frankfurt Kevin Trapp melakukan penyelamatan hebat menafikan percubaan Ryan Kent untuk memastikan mereka beraksi di penentuan penalti.

Aaron Ramsey yang masuk untuk tugasan penalti gagal menyempurnakan tugasannya. Dia dibawa masuk 3 minit sebelum masa ekstra berakhir.

Kapten Gers James Tavernier menjaringkan gol daripada penalti beliau. Begitu juga pemain gantian Steven Davis, Scott Arfield dan Kemar Roofe, manakala Christopher Lenz, Ajdin Hrustic, Daichi Kamada, Filip Kostic dan Borre memastikan pasukan mereka melakukan perfect 5.

Seperti yang dinyatakan, hanya Aaron Ramsey sahaja yang gagal. Badi eropah untuk Ramsey terus berlarutan.

Ramsey sebelum ini gagal memenangi kejuaraan Eropah bersama Arsenal, Juventus,  dan kini Rangers. Beliau merupakan pemain yang dipinjam Rangers dari Juve.

Ia adalah perlawanan ke-19 Rangers di Eropah musim ini dan pasukan bimbingan Giovanni Van Bronckhorst kini perlu bersedia untuk perlawanan akhir Piala Scotland menentang Hearts di Hampden Park pada hari Sabtu.

Ianya satu lagi peluang untuk mereka memenangi piala musim ini selepas impian double mereka musnah.

Bagi Frankfurt, mereka menerima habuan luar biasa daripada kejuaraan ini. Mereka akan bermain dalam UCL musim hadapan menerusi slot laluan juara. Kemudian mereka juga akan membuka musim dengan aksi Piala Super Eropah. Menunggu pemenang di antara Real Madrid atau Liverpool.

Saksikan rangkuman aksi di sini: