berjaya menjuarai Liga Europa musim 2020/21, dalam aksi yang berlangsung di Gdansk, Poland.

Perlawanan 120 minit berakhir dengan seri 1-1 dan juara ditentukan dengan penentuan menerusi sepakan penalti.

Penentuan penalti berlanjutan sehingga ke 22 pemain. Di mana hanya David De Gea sahaja yang gagal menyempurnakan tugasan tersebut.

Villarreal menjadi pasukan yang banyak bertahan sepanjang 120 minit aksi. Namun mereka adalah pasukan yang lebih awal menjaringkan gol.

Gerard Moreno mengambil kesempatan di atas kelekaan pertahanan Manchester United untuk menjaringkan gol pendahuluan pasukannya.

Man United bergelut untuk mencipta peluang sepanjang separuh masa pertama.

Separuh masa kedua, Manchester United memperbaiki rentak mereka dan lebih agresif menyerang.

Hasilnya Edinson Cavani menyamakan kedudukan pada minit ke-55.

VAR digunakan untuk memeriksa sama ada gol itu sah atau tidak. Dan VAR mengesahkan gol tersebut.

Tiada tambahan jaringan untuk baki separuh masa kedua. Perlawanan dilanjutkan ke masa ekstra.

Dan kedua dua pasukan masih gagal untuk mencipta gol. Akhirnya penentuan penalti telah menentukan juara UEL kali ini.

David De Gea gagal menyempurnakan penaltinya selepas 21 pemain lain berjaya.

Unai Emery terus menjadikan UEL ibarat Unai Emery League. Di mana beliau menjadi pengurus pertama menang UEL atau dahulunya UEFA Cup sebanyak 4 kali, mengatasi Giovanni Trapattoni. Hanya sekali sahaja Unai Emery gagal memenangi final UEL iaitu ketika bersama Arsenal.

Baca juga artikel

EURO: Benzema Sudah OK Dengan Deschamps Dan Yakin Membantu Perancis Juara

TERKINI: UEFA Ancam Singkirkan Real Madrid, Juve & Barca Dari UCL Jika Terus Berkeras Dengan ESL

Sejarah Dan Tradisi Manchester United Membuatkan Maguire Tolak City