Simon Kjaer menjaringkan gol penyamaan lewat untuk memberikan AC Milan gol tempat lawan dalam keputusan seri 1-1 di Manchester United selepas Amad Diallo menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan tuan rumah.

Kjaer menjaringkan gol dengan tandukan deras bak peluru pada saat-saat terakhir waktu kecederaan sebelum wisel penamat.

Sebelum itu, bintang muda Man United, Amad Diallo masuk sebagai pemain gantian dan menjaringkan gol pendahuluan menerusi tandukan yang cantik.

“Ini adalah keputusan yang bagus, kami bermain dengan sangat baik, menunjukkan karakter kami dan saya rasa kami mendominasi perlawanan,” kata pemain pertahanan itu kepada Sky Sport Italia.

Milan bermain sangat baik pada separuh masa pertama meskipun tanpa beberapa tonggak mereka, terutama sekali Zlatan Ibrahimovic.

Mereka terlebih dahulu melakukan ancaman termasuk dua gol. Usaha Rafael Leao dan penyudah kuat Franck Kessie telah dinafikan VAR. Gol Leao dibatalkan kerana ofsaid. Sementara gol Kessie dibatalkan kerana VAR mendakwa bola terlebih dahulu terkena tangan.

Manchester United agak bergelut untuk mencipta peluang gol. Di mana pasukan pelawat mencipta lebih banyak peluang berbanding dengan pasukan bimbingan Ole Gunnar Solskjaer.

Pengenalan pemain berusia 18 tahun, Amd Diallo pada separuh masa kedua segera memberikan impak. Pemain yang dibeli United dari Atalanta itu telah membuktikan kualitinya dan menghantui kelab Itali satu lagi.

Bruno Fernandes melakukan hantaran panjang yang sesedap rasa ke arah Diallo, yang melakukan larian tanpa bola yang kemas dari belakang pertahanan Milan dan menewaskan Gianluigi Donnarumma.

Tetapi United gagal memanfaatkan kelebihan itu dan Kjaer menyamakan kedudukan pada masa kecederaan.

Saksikan rangkuman perlawanan di sini:

Berikut adalah keputusan perlawanan peringkat 16 akhir Liga Europa

Manchester United (ENG) 1 (Diallo 50) AC Milan (ITA) 1 (Kjaer 90+2)

Slavia Prague (CZE) 1 (Stanciu 7) Rangers (SCO) 1 (Helander 36)

Dynamo Kiev (UKR) 0 Villarreal (ESP) 2 (Torres 30, Albiol 52)

Ajax (NED) 3 (Klaassen 62, Tadic 82, Brobbey 90+2) Young Boys (SUI) 0

Granada (ESP) 2 (Molina 26, Soldado 76) Molde (NOR) 0

Tottenham Hotspur (ENG) 2 (Kane 25, 70) Dinamo Zagreb (CRO) 0

Olympiakos (GRE) 1 (El-Arabi 58) Arsenal (ENG) 3 (Odegaard 34, Gabriel 80, Elneny 85)

Roma (ITA) 3 (Pellegrini 23, El Shaarawy 73, Mancini 77) Shakhtar Donetsk (UKR) 0

Baca juga perkembangan lain

UCL: Barcelona Gagal Catat La Remontada, Messi Skor Jarak Jauh, Namun ‘Miss’ Penalti

UCL: Liverpool Singkir Leipzig Dengan Agregate 4-0

UCL: Pirlo Tak Risau Dipecat Kerana Dia Ada Projek Yang Bagus Untuk Kelab