Manchester United sudah hampir pasti ke final Liga Europa musim ini selepas mencatatkan kemenangan besar 5-2 ke atas AS Roma.

Manchester United terlebih dahulu mendahului menerusi Bruno Fernandes. Ianya permainan kombinasi yang menarik di antara Fernandes dan juga Cavani. Di mana Cavani melakukan lay off yang terus dirembat Fernandes pada minit ke-9 perlawanan.

Namun AS Roma terus membalas gol tersebut pada minit ke-15 menerusi Lorenzo Pellegrini yang menyempurnakan sepakan penalti. Penalti diberikan selepas Pogba menampan bola dengan tangannya.

Pada minit ke-33, penyerang veteran Edin Dzeko meletakkan Roma di hadapan selepas menerima hantaran Pellegrini.

Separuh masa pertama berpihak Roma dengan 2-1.

Pada separuh masa kedua, Man United mengganas dengan menjaringkan 5 gol.

Edinson Cavani menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-48. Kali ini beliau pula menerima lay off daripada Bruno Fernandes.

Pada minit ke-64, Cavani meletakkan United di hadapan sekali lagi.

Cavani terus menjadi racun AS Roma apabila beliau memenangi penalti, selepas dikasari oleh Chris Smalling. Penalti minit ke-71 itu disempurnakan oleh Bruno Fernandes dengan mudah.

Bruno Fernandes mencatatkan rekod prolifik dalam UEL.

Pada minit ke-75, Pogba menebus kesilapannya dengan gol kelima Man United. Sekali lagi Bruno Fernandes menjadi pencipta gol.

Dan pemain gantian, Mason Greenwood menutup rapat pintu buat AS Roma dengan gol keenam. Cavani melakukan assist cantik dengan hantaran yang tepat.

Tamat perlawanan Man United 6 AS Roma 2.

Tugasan mustahil buat AS Roma pada perlawanan timbal balik di Rome. Di mana mereka perlu menjaringkan  4 gol dan mengelak sebarang bolos.

Baca juga perkembangan lain

Analisis Taktikal: 3-2-5 City Yang Membunuh Mentaliti PSG

Lille Pendahulu Kejuaraan Ligue 1, Tapi Kenapa Pengurus Mereka Bincang Sertai Nice?

UCL: City Hampiri Final Pertama, Pochettino Geleng Kepala Kesilapan Amatur Pemainnya