Arsenal melepasi cabaran Benfica dengan cara yang agak mencemaskan. Di mana mereka memerlukan gol lewat daripada Pierre-Emerick Aubameyang untuk mara ke pusingan 16 akhir.

Arsenal bekerja keras untuk menang 3-2 ke atas Benfica.

Arsenal memulakan perlawanan dengan baik dan mendahului pada minit ke-21 menerusi Aubameyang yang menyempurnakan killer pass daripada Saka.

https://twitter.com/i/status/1365005034170310659

Ketinggalan dengan satu gol, Benfica segera bangkit dan melawan. Namun mereka gagal menyempurnakan beberapa peluang gol.

Setelah beberapa kali mencuba, Benfica akhirnya menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama. Ianya apabila Diogo Goncalves menjaringkan gol pada minit ke-43.

Ianya sekaligus memadamkan kelebihan gol tempat lawan pasukan Arsenal. Ini kerana dalam perlawanan pertama sebelum ini kedua dua pasukan seri 1-1.

Bersambung babak kedua, Aubameyang sekali lagi menyumbat masuk bola pada minit ke-50 setelah menerima hantaran Odegaard. Malang sekali gol itu dibatalkan kerana ofsaid.

Pasukan pelawat akhirnya menyamakan kedudukan sekali lagi menerusi bintang mereka, Rafa Silva pada minit ke-61 dan menjadikan kedudukan 2-3 secara agregat – memihak pelawat.

Dalam kedudukan ini, Arsenal tiada pilihan lain selain daripada menang. Kerana Benfica kini memiliki kelebihan gol di tempat lawan dan secara agregat.

Tersentak dengan gol itu, Arsenal terus mencari gol penyamaan. Hasilnya pada minit ke-67, Arsenal berjaya menyamakan kedudukan. Ianya berpunca daripada hantaran Willian yang disudahkan beliau sebaiknya.

0_FBL-EUR-C3-ARSENAL-BENFICA

Namun Benfica membuatkan Arsenal terus bekerja keras kerana mereka tetap berkelebihan gol tempat lawan.

Pada minit ke-87, detik yang ditunggu tunggu akhirnya tiba apabila Pierre-Emerick Aubameyang menjaringkan gol ketiga Arsenal.

VAR menyemak gol tersebut dan mengesahkannya.

Benfica tidak berdaya membalas gol tersebut dan hanya mampu menyaksikan pesta keraian Arsenal pada tamat perlawanan.

Baca juga perkembangan lain

Guardiola Dedah Rahsia Kejayaan City Kerana Wang Yang Banyak Untuk Beli Pemain

Angelino Kecam Guardiola: “Dia ‘Membunuh’ Saya Ketika Di City”

UCL: Kalah Di Tangan Real Madrid, Toloi Bidas Pengadil Bagi Kad Merah Salah