Jaringan hatrik pemain sayap skuad kebangsaan Jepun, Daichi Kamada membantu kelab Bundesliga Jerman, Eintracht Frankfurt menewaskan Red Bull Salzburg pada perlawanan pusingan 16 pertama saingan UEFA Europa League 2019/2020.

Frankfurt merupakan salah satu pasukan yang mara sehingga ke peringkat separuh akhir pada saingan musim lalu dan mereka menjadi pasukan pilihan untuk menewaskan Salzburg.

Kamada tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan apabila beliau bijak menyempurnakan hantaran Almamy Toure pada minit ke-12. Kamada menjaringkan gol kedua pada minit ke-43 berpunca daripada gerakan serangan balas.

Memasuki separuh masa kedua, pemain berusia 23 tahun itu menjaringkan gol ketiganya pada minit ke-53 disusuli dengan jaringan pemain sayap Croatia, Filip Kostic lima minit kemudian.

Salzburg memperoleh gol sagu hati apabila Hwang Hee-chang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-85.

Perlawanan kedua akan berlangsung pada 28 Februari ini di Stadium Red Bull Arena, Salzburg.

Baca artikel lain mengenai pemain Jepun di Eropah di sini:

Daichi Kamada: Bintang Meningkat Naik Jepun Dalam Saingan Bundesliga

Daniel Schmidt Semakin Hampir Sertai Kelab Belgium

Shinji Kagawa Jaringkan Gol Pertama Untuk Real Zaragoza

Anda Mungkin Suka

© 2020 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group