AC Milan menerima kekalahan pertama mereka musim ini dalam semua pertandingan. Lebih perit kekalahan itu hadir ketika mereka beraksi di San Siri.

Dalam saingan kumpulan H, perlawanan ketiga, Milan diajar habis habisan oleh Lille.

Pasukan dari Perancis itu menang 3-0 ke atas Rossoneri.

Kekalahan itu membuatkan AC Milan turun ke tempat kedua dengan 6 mata, dibezakan satu mata daripada Lille.

EmF68r7W0AE0olx

AC Milan mengancam lawan pada awal perlawanan menerusi tandukan penyerang veteran Zlatan Ibrahimovic.

Namun Mike Maignan berjaya menyelamatkan percubaan bahaya itu.

Lille turut menguji gawang Milan menerusi rembata deras Jonathan Bamba pada minit ke-14, tetapi Gianluigi Donnarumma sudah bersedia menangkapnya.

Lille kemudian dihadiahkan sepakan penalti selepas Alessio Romagnoli menjatuhkan Yusuf Yazici.

Yazici mengambil sepakan itu dan menewaskan Donnarumma pada minit ke-20.

Milan menggandakan asakan untuk mencari gol penyamaan. Maignan sekali lagi menerbangkan badannya menyelamatkan percubaan Ibrahimovic pada minit ke-25 – menerusi sepakan percuma.

Kedua dua pasukan masuk ke bilik rehat dengan pendahuluan tunggal oleh Lille.

Pada babak kedua, Lille tampil lebih garang. Renato Sanches antara pemain yang memberikan ancaman kepada Milan.

Pada minit ke-55, Lille menggandakan gol pendahuluan mereka, juga menerusi Yazici yang melepaskan rembatan jarak jauh yang mengelirukan.

Malam AC Milan menjadi sangat suram 3 minit kemudian. Ini selepas Yazici sekali lagi menewaskan Donnarumma. Kali ini menerusi sepakan mendatar dari dalam kotak penalti.

Pemain Turki itu mencetak hatrik pada minit ke-58.

Ketinggalan 3 gol, AC Milan tidak berdaya untuk mengejar dan akhirnya terpaksa menelan kekalahan sulung mereka musim ini.

Statistik menunjukkan AC Milan jelas diberikan tentangan sengit oleh Lille.

Baca juga perkembangan lain

Tewas Kerana Pertahanan Barai, Solskjaer Laung Amaran Bangkit Berdepan Everton Sabtu Ini

Laporta Ubah Manifesto, Mahukan Klopp Berbanding Guardiola

UCL: Liverpool Belasah Atalanta, Jota Hatrik!