Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Dua gol Rashford membantu Manchester United bangkit daripada ketinggalan di Cyprus dan mengalahkan Omonia 3-2 di tempat lawan.

Artikel Berkaitan:

Man United turun menentang pasukan dari Cyprus, Omonia dalam Liga Europa pada Khamis.

Selain Rashford, pemain gantian, Anthony Martial turut menjaringkan gol manakala Karim Ansarifard dan Nikolas Panagiotou menjaringkan gol untuk pasukan tuan rumah ketika United meraih kemenangan tipis pada lawatan pertama mereka untuk menentang pasukan Cyprus.

Bertempat di Stadium GSP Nicosia yang berkapasiti 23,000, United ketinggalan satu gol pada separuh masa pertama tetapi bangkit untuk meraih kemenangan yang meningkatkan semula moral pasukan mereka selepas dimusnahkan 6-3 oleh musuh sebandar, Manchester City pada hujung minggu.

Erik ten Hag menamakan kesebelasan utama terkuat termasuk adanya Cristiano Ronaldo. Pemenang lima kali Ballon d’Or itu hanya memulakan perlawanan keempatnya musim ini, mengetuai serangan untuk Red Devils.

Sementara itu pemain tengah defensif.Brazil Casemiro mengetuai jentera bahagian tengah.

United memulakan aksi dengan dominan. Mereka mengawal sebahagian besar sejak permulaan perlawanan menentang pasukan yang diuruskan oleh bekas pengurus Celtic, Neil Lennon.

Antony hampir menjaringkan satu lagi gol peribadinya, pada minit ke-28, memotong ke dalam dan melepaskan rembatan jarak jauh yang ditepis oleh penjaga gol Omonia, Fabiano.

United kemudian tersentak dengan gol pertama tuan rumah, Omonia pada minit ke-34.

Tiga pemain Omonia melakukan serangan kilat sebelum Bruno melorongkan bola kepada penyerang Iran Ansarifard yang terus menewaskan De Gea.

United tampil lebih kuat pada separuh masa kedua dengan Rashford menggantikan Jadon Sancho dan Shaw menggantikan Malacia.

United terus mendapat hasilnya daripada pertukaran itu. Dengan Bruno Fernandes melakukan hantaran jauh ke arah kawasan gol yang dikawal Rashford. Pemain itu sebenarnya tidak melakukan kawalan yang sempurna namun pertahanan lawan memudahkannya untuk memenangi bola kedua.

Rashford menyamakan kedudukan pada minit ke-53 dengan lencongan berkelas dunia.

Ronaldo, yang diletakkan di bangku simpanan semasa aksi hujung minggu menentang City, memiliki banyak peluang dalam perlawanan ini namun berterusan hampa.

Sepuluh minit selepas menyamakan kedudukan, United mendahului apabila pemain gantian Martial yang baru diperkenalkan menjaringkan gol dengan sentuhan kedua dalam permainan, hasil bantuan yang licik daripada Rashford.

Penyokong tuan rumah mencemuh kuat di dalam stadium apabila, pengadil Joao Pinheiro dari Portugal menolak tuntutan Omonia penalti kerana handball. Beberapa minit kemudian keputusan pengadil disahkan oleh VAR sebagai tepat.

Kesengsaraan Ronaldo berterusan, bagaimanapun, apabila percubaan jarak dekat Portugal itu terkena tiang, dalam keadaan gol terbuka.

Beberapa minit kemudian Rashford menyempurnakan hantaran Ronaldo untuk menggandakan jumlah golnya.

Omonia tidak berputus asa, Panagiotou kembali merapatkan jurang gol pada minit ke-87.

United mencipta lebih banyak peluang, dengan pemain tengah Brazil, Fred memaksa Fabiano melakukan penyelamatan pada minit terakhir.

Tamat perlawanan Omonia 2 Manchester United 3.