Manchester United berjaya menewaskan Real Sociedad dengan keputusan 4-0 dalam aksi yang berlangsung di Stadium Allianz, Turin.

Bruno Fernandes sekali lagi menjadi bintang kemenangan Manchester United dengan menarjingkan dua gol, sementara dua gol lagi masing-masing dijaringkan oleh Marcus Rashford dan Daniel James.

Dengan kemenangan bergaya ini, Manchester United boleh dikira sudah boleh membuat persiapan ke pusingan 16 akhir.

Sociedad memulakan perlawanan dengan baik. Dan mereka juga melakukan beberapa siri ancaman ke atas Man United.

Bekas pemain United, Adnan Januzaj melakukan percubaan pertama untuk pasukannya.

United kemudian berjaya mendapatkan rentak perlawanan dan lebih dominan.

Pada minit ke-27, Manchester United akhirnya di hadapan menerusi gol Bruno Fernandes. Ianya selepas penajaga gol lawan bertembung dengan rakannya sendiri.

Bruno Fernandes tiada masalah untuk menyumbat masuk gol dalam kedudukan gawang terbuka luas.

Separuh masa pertama berakhir dengan 1-0 memihak United.

Pada babak kedua, United lebih kejam ke atas lawan mereka. Di mana Syaitan Merah menambah 3 lagi gol.

Bruno Fernandes melakukan rembatan daripada bola Daniel James. VAR diperlukan untuk mengesahkan gol tersebut. Dan gol disahkan.

Pada minit ke-64, Fred melakukan hantaran lolos cantik yang disempurnakan oleh Marcus Rashford.

Dan empat minit giliran James membolosi gawang Sociedad. Namun, kali ini Mason Greenwood berdiri dalam posisi ofsaid dan VAR menarik balik gol tersebut.

Daniel James memastikan dia memahatkan namanya dalam senarai penjaring dengan gol keempat pasukannya pada minit ke-90.

Tamat perlawanan, Man United 4 Real Sociedad 0.

Saksikan rangkuman aksi di sini:

Baca juga perkembangan lain

Rummmenigge Hampir Tercekik Melihat Hutang Barca & Tergelak Melihat Gaji Messi

Jadual Padat Dan Gol Aneh Punca Juventus Kalah Kata Pirlo

Analisis: PSG Gempur Barcelona Tanpa Risau Dengan Sistem ‘Wide Target Man’