Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini menikmati banyak final sebagai pemain, namun sebagai pengurus, beliau seringkali tersekat di separuh akhir. Sehinggakan Ole digelar sebagai pakar separuh akhir.

United sebelum ini gagal dalam kesemua 4 separuh akhir mereka termasuk 2 kali dalam Piala Carabao, sekali dalah Piala FA dan sekali dalam Piala Europa.

Namun kali ini Ole Gunnar Solskjaer akhirnya melepasi badi separuh akhir tersebut dengan final pertama bersama kelab sebagai pengurus. Jadi, sudah pastinya ini adalah final yang sangat istimewa buat Ole.

Walaupun tewas 2-3 di Rome, namun United sebenarnya sudah menyelesaikan urusan separuh akhir ini seminggu yang lalu di Old Trafford dengan kemenangan 6-2.

The Red Devils melangkah ke final Liga Europa 2020/21 dengan keyakinan sangat tinggi apabila merekodkan agregat 8-5. Mereka akan berdepan dengan Villarreal yang berjaya menyingkirkan Arsenal dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Dalam aksi yang berlansgung di Olimpico, Edinson Cavani membuka jaringan untuk Man Utd pada minit ke-38 untuk membolehkan pelawat masuk ke bilik persalinan dengan agregat 2-7.

Pada separuh masa kedua Roma menyamakan kedudukan untuk malam tadi, menerusi Edin Dzeko pada minit ke-57.

Tiga minit kemudian Bryan Cristante menjadikan kedudukan 2-1 memihak kepada Roma. Namun Edinson Cavani terus cemerlang dalam aksi separuh akhir kali ini, dengan menjaringkan gol penyamaann pada minit ke-68 menjadikan agregat 2-8.

Nicola Zalewski menjaringkan gol ketiga Roma pada minit ke-83. Dan keputusan penuh di Rome memihak kepada AS Roma tetapi secara agregat, United menang besar 8-5.

Ianya menjadikan keputusan itu sebagai agregat kedua terbesar (dikongsi kedudukan) dalam kejohanan Eropah di belakang Eintracht Frankfurt vs Rangers dengan agregat 12-4 pada 1959/60.

United juga sudah mara ke final Eropah sebanyak 8 kali. Hanya Liverpool pasukan Inggeris lebih banyak ke final dengan 14 kali.

Baca juga artikel

UEL: Tiada Final ‘All English’, Arsenal Ditendang Keluar Oleh Villarreal

Kepercayaan Zidane Kepada Hazard Masih Tak Terbalas Dan Vinicius Menjadi Mangsa

Rio Ferdinand Tak Iktiraf Treble City Sebagai Treble Sebenar Jika Mereka Menang UCL, EPL Dan Piala Liga