UEFA dilaporkan sudah menganalisis semula prestasi pengadil final Liga Europa, Anthony Taylor dan mereka bersetuju dengan Jose Mourinho bahawa ianya pengadilan yang teruk.

Sebelum ini Jose Mourinho menuduh Anthony Taylor sebagai punca AS Roma kalah dalam final UEL di tangan Sevilla. Dan berharap Taylor hanya mengadili UCL musim hadapan bukannya mana mana kejohanan disertai Roma.

Mourinho menegaskan, AS Roma sepatutnya mendapat sekurang-kurangnya 1 sepakan penalti. Namun tidak diberikan pengadil.

Roma kalah dalam perlawanan itu selepas terikat 1-1 sepanjang 120 minit. Roma kalah dalam penentuan sepakan penalti.

Selepas tamat perlawanan Mourinho melancarkan kritikannya ke atas Anthony Taylor dan turut menyerang pengadil itu di lot parkir kenderaan. Menuduh pengadil itu memalukan dan teruk.

Mourinho menambah: “Pengadil mungkin orang Sepanyol, dia banyak sekali memberikan pemain kami kad.”

Anthony Taylor dan keluarganya turut diserang dan dimaki hamun peminat Roma ketika di lapangan terbang Budapest. Sehingga berlaku serangan fizikal yang cuba dilancarkan ke atas Taylor dan keluarganya.

Pegawai pengadil UEFA, Roberto Rossetti tidak gembira dengan prestasi Anthony Taylor dalam final itu. Daripada insiden handball sehinggalah cara Taylor menggunakan VAR, semuanya serba tak kena.

Walaupun prestasi Anthony Taylor teruk, bekas pengadil profesional dari Switzerland, Urs Meier tetap berharap Mourinho didenda dengan berat.

Ini kerana menurut Meier, tindakan Mourinho ibarat menghumban pengadil ke arah penyokong Roma. Komen Mourinho dikatakan menjadi punca kenapa penyokong Roma bertindak ganas ke atas Taylor di lapangan terbang.