UEFA telah memutuskan untuk menggantung sementara kejohanan major di bawah kendalian mereka termasuk UEFA Champions League, Europa League dan play off kelayakan Euro 2020.

Keputusan ini terpaksa diambil dengan mengambil kira situasi koronavirus yang sedang melanda Eropah ketika ini.

UEFA dalam kenyataan mereka menyatakan: “Kesemua perlawanan antarabangsa melibatkan lelaki dan wanita yang sepatutnya dijadualkan pada Jun 2020, akan digantung sehingga diberitahu kelak.”

“Ini termasuk pusingan playoff kelayakan EURO 2020 dan juga pusingan kelayakan UEFA EURO 2021 Wanita.”

UEFA turut menggunakan ayat ‘sehingga diberitahu’ untuk tarikh Liga Juara Juara Eropah.

Menurut laporan ESPN, pusingan penentuan kelayakan EURO 2020 dan perlawanan antarabangsa lain, sudah dikosongkan dari kalendar dan tumpuan UEFA sekarang ini memfokuskan untuk menamatkan musim liga domestik.

Sebelum ini Presiden UEFA, Aleksander Ceferin menegaskan, keutamaan mereka adalah mahu menamatkan liga utama di Eropah pada musim ini.

Jika liga terpaksa dibatalkan, ia bermakna tiada pemenang akan diiktiraf.

Untuk pusingan kelayakan UEFA EURO 2020, memang tiada masalah untuk UEFA menganjakkan lagi tarikhnya, memanandangkan kejohanan itu sah akan dipertandingkan pada tahun hadapan – 2021.

Berkenaan dengan isu kontrak, di mana ramai pemain akan tamat kontrak pada 30 Jun, UEFA masih berharap akan dapat menamatkan musim liga sebelum tarikh tersebut.

Malah, Ceferin juga sudah memberikan bayangan bahawa, Liga Juara Juara Eropah berpotensi untuk dibatalkan jika tidak ditamatkan pada tarikh tersebut.

Liga Juara Juara Eropah masih berada di fasa 16 pasukan akhir. Dengan hanya Atletico Madrid, Paris Saint-Germain, RB Leipzig dan Atalanta sahaja yang sudah mengesahkan tempat ke suku akhir.

Masih ada 4 lagi perlawanan pusingan 16 akhir yang belum dimainkan iaitu: Manchester City vs. Real Madrid, Juventus vs. Lyon, Barcelona vs. Napoli and Bayern Munich vs. Chelsea.

Jika Liga Juara Juara Eropah musim ini gagal diteruskan ataupun batal, ianya adalah pertama kali kejohanan itu tidak ditamatkan sejak ia diperkenalkan pada 1955/56.

Lagi artikel menarik untuk anda baca sempena PKP COVID-19 ini seperti dibawah.

Inisiatif Terpuji AS Roma Hantar Bantuan Kepada Pemegang Pas Bermusim Yang Berusia 75 Tahun Keatas

Gara-Gara Napoli Lazio, Kerajaan Itali Warta Perintah Larangan Latihan

Bagaimana Messi Menjadi Penggelecek Unggul Hanya Bersenjatakan Fake Body Feint