Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Menurut RMC Sport (melalui TalkSport), UEFA akan membincangkan VAR dan topik lain yang berkaitan dengan Liga Juara-Juara dan Liga Europa pada mesyuarat jawatankuasa eksekutif mereka pada hari Khamis ini.

Antara topik yang akan dibincangkan adalah mengenai dengan tarikh menyambung kembali pertandingan dan juga VAR.

UEFA sudah menyatakan sebelum ini, mereka akan meneruskan pertandingan mereka dan tidak memikirkan soal membatalkan atau memansuhkan pertandingan di bawah seliaan mereka.

Pertandingan dan perlawanan antarabangsa UEFA sudah ditunda untuk memberikan ruang kepada penamatan liga domestik dan pertandingan kelab Eropah.

Dari segi penggunaan VAR, kerisauannya adalah kerana ruang bilik kawalan yang terlalu kecil, pegawai mereka tidak dapat mematuhi garis panduan penjarakan sosial ketika meninjau perlawanan dari bilik konti.

Oleh itu, ada kemungkinan apabila pertandingan itu bersambung kelak, UEFA akan memansuhkan penggunaan VAR kerana mahu memastikan semua aspek pertandingan mereka menepati piawaian keselamatan dan kesihatan.

NINTCHDBPICT000566069663-e1587570296690

Pada masa ini, kedua-dua pertandingan Eropah ditangguhkan sementara kerana wabak koronavirus.

Tetapi UEFA berharap pasukan akan dapat kembali beraksi pada bulan Ogos menurut satu laporan yang bocor.

Laporan di England, menyatakan liga bola sepak mereka juga sedang mencari alternatif untuk VAR. Mereka dijangka akan mengubah operasi pengadil dari markas VAR di Stockly Park.

Salah satu daripada alternatif yang difikirkan adalah, beberapa pengadil VAR akan bekerja di sebuah bilik khas secara berasingan. Ini akan melibatkan banyak tempat dan bukannya di satu tempat sahaja.

VAR telah menjadi teknologi yang mulai digunakan di pentas pertandingan Eropah sejak musim lalu lagi.

Baca juga perkembangan lain dari Eropah

BeIN Dan Amnesty Desak EPL Halang Pemilikan Saudi Di Newcastle, Kenapa?

Newcastle Intai Khidmat Pochettino, Cavani, Mertens Dan Willian

Nama Nou Camp Dijual RM1.43 Billion

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group