Presiden UEFA, Aleksander Ceferin menafikan bahawa badan induk bola sepak Eropah itu menetapkan tarikh 3 Ogos sebagai tarikh akhir untuk perlawanan Liga Juara-Juara dan Liga Europa.

UEFA sangat kecewa dengan dakwaan tidak berasas itu, sedangkan ketika ini fokus UEFA adalah untuk mencari solusi bagi menamatkan saingan liga dan kejohanan UCL serta UEL.

Media melaporkan secara meluas bahawa Ceferin memberitahu media Jerman – ZDF – pada Sabtu lal,  bahawa UCL dan UEL harus ditamatkan tidak lebih daripada tarikh itu.

Dengan majoriti liga di Eropah masih digantung sementara kerana pandemik Covid-19, UEFA telah menunda Euro 2020 dan semua antarabangsa pada bulan Jun.

Ini untuk membantu kelab menamatkan kempen domestik mereka untuk musim 2019/20.

UEFA menegaskan, mereka sedar, dalam situasi semasa sekarang, bola sepak tidak mungkin dapat bersambung semula dengan segera.

Peluang kelab dan liga untuk menyelesaikan musim mereka pada 30 Jun masih menjadi perdebatan.

UEFA kini telah menyatakan bahawa kenyataan yang dikaitkan dengan Ceferin itu adlah palsu.

Malah UEFA menegaskan bahawa, kemungkinan perlawanan musim baharu yang dimainkan pada bulan Julai dan Ogos sedang dipertimbangkan untuk ditunda jika perlu.

Kenyataan UEFA dibacakan: “Telah dilaporkan bahawa presiden UEFA, Aleksander Ceferin, memberitahu ZDF di Jerman bahawa Liga Juara UEFA mesti selesai pada 3 Ogos. Ini adalah tidak benar.”

“Presiden sangat jelas bahawa beliau tidak menetapkan tarikh tepat untuk tarikh akhir musim ini.”

“UEFA sedang menganalisis semua pilihan untuk melengkapkan musim domestik dan kejohanan Eropah dengan Persatuan Kelab Eropah dan Liga Eropah dalam kumpulan kerja yang ditubuhkan pada 17 Mac.”

“Keutamaan semua ahli kumpulan kerja adalah isu berkaitan kesihatan awam.”

“Berikutan itu, UEFA sedang mencari penyelesaian pada kalendar untuk melengkapkan semua pertandingan.”

“Opsyen sedang dikaji untuk bermain perlawanan pada bulan Julai dan Ogos jika perlu, bergantung kepada beberapa perkara dan izin pihak berkuasa negara.”

Lagi artikel menarik untuk anda baca sempena PKP COVID-19 ini seperti di bawah:

Reina Kongsi Pengalaman Ngeri Dijangkiti Koronavirus

UEFA Sahkan Liga Juara Juara Eropah Digantung

Liga Pro Belgium Rasmi Ditamatkan, Club Brugge Dinobat Juara