Presiden UEFA, Aleksander Ceferin menegaskan bahawa, Liverpool seharusnya diberikan gelaran kejuaraan Liga Perdana Inggeris jika liga tersebut dibatalkan kerana koronavirus.

Sebelum ini beliau menyatakan, liga yang dibatalkan seharusnya tiada juara. Namun Ceferin menegaskan bahawa, Liverpool dalam kedudukan hampir pasti menjadi juara liga, sama ada liga diteruskan ataupun tidak.

Jika liga bersambung semula, Liverpool hanya memerlukan 2 kemenangan sahaja lagi dengan kedudukan semasa mereka mendahului Manchester City 25 mata jauhnya.

Bercakap kepada akhbar Ekipa, Ceferin berkata: “Tidak mungkin Liverpool menamatkan musim ini tanpa kejuaraan liga, dan mereka hampir pasti memenanginya – secara teori.”

“Mereka masih belum disahkan kejuaraan liga, namun mereka hampir pasti memenanginya.”

“Jika liga ini tidak dapat diteruskan, kita akan cari cara lain untuk melakukannya.”

“Dan sekali lagi, saya tak nampak pun ada senario yang menghalang Liverpool daripada menjadi juara.”

“Saya faham, penyokong akan kecewa jika perlawanan selepas ini dimainkan di stadium kosong, walaupun ianya untuk menyelesaikan kedudukan liga.”

“Namun saya percaya, apa jua cara sekalipun, mereka akan tetap menang liga.”

Kesemua pertandingan major di Eropah ketika ini sedang digantung sementara termasuk Liga Juara Juara Eropah dan juga Liga Europa.

Ditanya, sama ada Ceferin yakin kejohanan tersebut akan dimainkan pada musim panas ini. Ceferin menegaskan beliau optimis ianya mampu dilakukan.

“Saya optimis. Dan sudah tentu, tiada janji ataupun jaminan untuk semua ini. Ianya bergantung kepada situasi di setiap negara.”

“Ianya juga bergantung sama ada keada selamat ataupun tidak untuk bermain bola sepak dan memastikan bahawa setiap orang tidak berada dalam risiko.”

Semalam The Athletic melaporkan bahawa, FIFA akan melanjutkan lagi tempoh untuk musim ini.

FIFA mengutamakan penamatan musim ini berbanding dengan permulaan musim baharu. Ini bagi memastikan setiap liga dan pertandingan domestik dapat ditamatkan dengan sebaiknya.

Lagi artikel menarik untuk anda baca sempena PKP COVID-19 ini seperti di bawah:

UEFA Nafi Letak Syarat UCL Harus Ditamatkan Sebelum 3 Ogos

UEFA Sahkan Liga Juara Juara Eropah Digantung

Liga Pro Belgium Rasmi Ditamatkan, Club Brugge Dinobat Juara