The Times melaporkan, ahli jawatankuasa UEFA telah sebulat suara mengundi untuk memansuhkan peraturan gol tempat lawan dalam kesemua pertandingan Eropah.

Peraturan tersebut telah digunakan di dalam pertandingan Eropah sejak 56 tahun yang lalu. Jadi, pertandingan seperti UCL dan UEL antara yang akan menggunakan peraturan ini.

Perkara itu dibincangkan dalam mesyuarat UEFA pada Jumaat. Dan usul tersebut akan dipanjangkan kepada lembaga eksekutif untuk disahkan secara rasmi. Dan pengumuman akan dibuat sebaik sahaja ianya diluluskan.

Peraturan gol tempat lawan sebelum ini diwujudkan kerana mengambil kira kelebihan pasukan tuan rumah yang boleh melakukan perkara seperti memotong rumput lebih pendek atau panjang sesuai dengan taktikal mereka.

Malah dahulu, ada pasukan yang mengubah saiz padang. Peraturan ini juga telah mencetuskan banyak momen dramatik dalam bola sepak.

Tetapi The Times menyatakan, UEFA merasakan bahawa pada hari ini, tidak sukar untuk mencari gol tempat lawan berbanding tahun 80-an. Di mana tuan rumah memang terlalu banyak kelebihan.

Ini termasuk situasi di dalam stadium yang lebih ekstrim yang membuatkan pengadil terkesan dengan tekanannya. Sekarang ini, UEFA menyatakan bahawa mereka sudah mengawal kesemua perkara itu dengan baik. Malah pasukan tuan rumah tidak boleh sesuka hati menentukan saiz padang mereka.

Walaubagaimanapun, keputusan UEFA ini mendapat respon berbelah bagi daripada peminat. Ramai yang menganggap UEFA telah memansuhkan salah satu peraturan yang menjadikan bola sepak itu dramatik.

Sebelum ini Arsene Wenger cuma mencadangkan away gol pada masa ekstra dalam perlawanan kedua sahaja yang dimansuhkan.

Baca juga artikel

TERKINI: Man United Tawar Lanjutan Kontrak 3 Tahun, Ole Minta 4 Pemain Baharu

Ramos Terima Keputusan Enrique

TERKINI: Spurs Adakan Rundingan Untuk Bawa Pulang Mauricio Pochettino