Jose Mourinho mengalami salah satu kekalahan terbesar dalam karier bimbingannya ketika AS Roma mengalami kekalahan mengejutkan 6-1 pada juara Norway, Bodo / Glimt dalam Liga Persidangan Europa pada hari Khamis.

Erik Botheim dan Ola Solbakken masing-masing menjaringkan dua gol untuk pasukan tuan rumah, yang mendahului 2-1 pada separuh masa kedua dan terus bermaharajalela pada separuh kedua untuk mengejutkan kelab gergasi Itali itu.

Ini adalah kali pertama dalam 1,008 perlawanan sebagai jurulatih bahawa pasukan Mourinho bolos enam gol atau lebih.

Mourinho kelihatan hampir menangis selepas perlawanan ketika bercakap dengan wartawan. Dia mengakui bertanggungjawab dalam memutuskan kesebelasan utama kali ini. Namun pada masa yang sama berharap para pemain pemain daripada skuad tersebut beraksi lebih baik.

Mourinho merehatkan ramai bintang utama. Mungkin menganggap Bodo/Glimt boleh ‘makan’ dengan kesebelasan yang ada. Akhirnya Mourinho membayar harganya.

“Saya memutuskan untuk bermain dengan barisan pemain ini, jadi tanggungjawab di bahu saya,” kata pengurus legenda dari Portugal berusia 58 tahun itu kepada Sky Sport Italia.

“Saya melakukannya dengan niat baik, untuk memberi peluang kepada mereka yang bekerja keras dan menggilirkan skuad di padang sintetik dalam cuaca sejuk.”

“Saya tidak pernah menyembunyikan kenyataan bahawa kami adalah skuad yang terhad sebenarnya.”

“Kami mempunyai 13 pemain yang mewakili satu pasukan, yang lain berada di tahap yang berbeza. Kami kalah menentang pasukan yang menunjukkan lebih banyak kualiti pada malam itu. Itu adalah aksi yang sangat biasa biasa ditunjukkan kami.”

Tidak pasti sama ada Mourinho merasakan kekalahan ini lebih memalukan berbanding dengan kekalahan 5-0 ketika el clasico 2010.

Roma kini berada di tangga kedua dengan enam mata di belakang Bodo.