Real Madrid mara ke suku akhir Liga Juara-Juara buat pertama kalinya selepas tiga musim – ataupun sejak ketiadaan Ronaldo – dengan persembahan yang meyakinkan pada perlawanan kedua menentang Atalanta.

Mendahului 1-0 dari perlawanan pertama, Real menggandakan kelebihan menerusi Karim Benzema pada minit ke-34. Ia berpunca daripada kesilapan penjaga gol yang menghantar bola kepada Modric.

Kapten, Sergio Ramos meneruskan rekod prolifiknya selepas menjaringkan satu lagi gol menerusi sepakan penalti. Ianya kerana Vinicius Junior dikasari oleh Rafael Toloi.

Pasukan dari Itali, Atalanta mencetak satu gol menerusi sepakan percuma Luis Muriel yang cantik.

Namun usaha Atalanta itu dimatikan secara mutlak oleh Asensio pada lewat perlawanan.

“Yang penting adalah kami lolos ke suku akhir yang belum kami laksanakan dalam dua tahun terakhir ini,” kata pemain tengah Real, Luka Modric.

“Kami telah menunjukkan malam ini bahawa masih ada banyak ‘kedahagaan’ dalam pasukan ini dan kami mahu terus menang. Kami mampu melangkah jauh.”

Real Madrid kini berpeluang untuk merangkul kejuaraan ke-14 dalam sejarah. Zidane dianggap pakar dalam UCL dalam karier pengurusannya.

Zinedine Zidane berkata: “Saya mengucapkan tahniah kepada pemain pemain saya kerana mereka mempamerkan aksi hebat dari awal hingga akhir menentang pasukan yang banyak menuntut anda untuk bermain secara fizikal.”

“Kami perlu bertahan dengan baik dan kami dapat bermain sendiri dengan corak kami sendiri.”

Baca juga perkembangan lain

EPL: Kecederaan Rui Patricio Warnai Kekalahan Wolves Di Tangan Liverpool

Zidane Buka Pintu Untuk Cristiano Ronaldo Kembali Ke Bernabeu

Kane Pemain Terhebat Yang Tak Pernah Menang Trofi Major?