Xavi menyatakan bahawa beliau sangat marah dengan kekalahan di Bayern Munich. Namun pada masa yang sama berharap ianya akan menjadi titik tolak kepada kebangkitan Barca era baharu.

Bayern Munich sekali lagi menang bergaya, 3-0 di Allianz Arena hasil gol Thomas Muller, Leroy Sane dan Jamal Musiala.

Ini adalah pertama kali sejak 2003/04, Barca bermain di UEL atau liga kelas kedua Eropah. Barcelona merupakan juara Eropah 5 kali.

Xavi sebelum perlawanan menyatakan bahawa Barca tidak perlukan keajaiban untuk menang di Bayern kerana pasukan mereka mampu menewaskan sesiapa sahaja termasuk Bayern.

Namun selepas tamat perlawanan, nada kecewa dilontarkan Xavi yang berkata: “Bayern mendominasi kami. Kami mahu mendominasi lawan seperti biasa, namun di sini keadaannya terbalik.”

“Kita harus inginkan lebih lagi, sebab kita adalah Barca. Ini harus menjadi titik kepada perubahan untuk menukar dinamik serta banyak perkara lagi.”

“Ini adalah Liga Juara Juara Eropah, namun ini juga realiti kita, situasi yang kita sedang alami. Saya sangat marah.”

“Realiti ini menyakitkan hati saya. Kita harus mengatasinya. Tiada pilihan lain lagi.”

“Era baharu bermula hari ini. Kita bermula dari kosong. Objektif kita di dalam Liga Juara Juara Eropah bukannya di Europa League. Namun itulah realiti kita hari ini [bertaraf Europa Lague] dan kita harus cuba memenanginya.”

“Saya sangat berharap kita akan memberikan persaingan lebih baik. Bayern pasukan  lebih baik. Itulah realitinya. Namun kita akan bekerja keras dan memberikan kesemua yang kita ada, barulah semua ini dapat direalisasikan sekali lagi.”

“Sekarang kita terasa terkapai kapai tanpa ada yang menolong.”

“Kita harus kembalikan Barca ke tempat ia sepatutnya berada. Di mana Barca bukan pasukan yang patut berada di UEL.”

Barca menunjukkan trend yang sangat mengecewakan dalam UCL sejak 2015. Mereka pernah melepaskan agregate besar kepada AS Roma dan kemudian Liverpool.

Selepas itu kalah besar di tangan PSG, Juventus sebanyak 2 kali.

Selain itu, Bayern terus menjadikan Barca ibarat permainan mereka. Dalam 3 perteemuan terakhir Bayer menang secara agregat 14 gol berbalas 2. Bayern menang 8-2, 3-0 dan 3-0.