PSG dan Manchester City menjadi perlawanan tumpuan dalam aksi Liga Juara Juara Eropah pada awal pagi tadi waktu Malaysia.

Pasukan yang membariskan bintang bintang mahal dan ternama. PSG turun dengan 3 serangkai mereka, Kylian Mbappe, Neymar dan Lionel Messi. Namun masih gagal untuk mengekang kehebatan Manchester City walaupun mendahului dalam perlawanan ini.

Manchester City berjaya mencipta satu lagi kemenangan dalam aksi kelima peringkat kumpulan.

Manchester City mendominasi perlawanan sejak awal lagi. Pada minit ke-6, Presnel Kimpembe dipaksa bekerja keras untuk menepis percubaan Rodri.

PSG memiliki peluang pada minit ke-27 menerusi Nuno Medes. Namun percubaannya dihalang oleh Ederson.

Pada minit ke-33, Ilkay Gundogan membuatkan PSG cemas sekali lagi. Mujur sepakannya hanya terkena pada tiang. Amaran kepada PSG bahawa Man City benar benar pasukan lebih baik.

Walaupun tampil dengan bertenaga dan menguasai segenap ruang di atas padang, Man City terpaksa menerima hakikat bahawa mereka tak cukup tajam pada separuh masa pertama.

Bersambung separuh masa kedua, VAR telah membatalkan Manchester City kerana ofsaid.

Sebaliknya, pada minit ke-50, Kylian Mbappe meletakkan PSG di hadapan. Ianya berpunca daripada gerakan kombinasi antara pemain PSG.

Mbappe menewaskan Ederson dengan meleretkan bola melalui celah kaki penjaga gol kebangsaan Brazil itu.

Gol itu membuatkan Man City meningkatkan lagi intensiti mereka. Raheem Sterling menyamakan kedudukan pada minit ke-63.

Keputusan Josep Guardiola untuk memasukkan Gabriel Jesus terbukti tepat, kerana pemain Brazil itu berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-76. Pertahanan PSG memberikan ruang yang sangat besar buat Bernardo Silva yang tenang melorongkan bola kepada Gabriel Jesus.

Tamat perlawanan, Manchester City 2 PSG 0.

Manchester City mengesahkan kemaraan ke pusingan kalah mati. Begitu juga dengan PSG. Namun bezanya City akan mara sebagai juara kumpulan.