Cristiano Ronaldo terus membuktikan kenapa beliau masih pemain istimewa di arena bola sepak terutamanya dalam pertandingan sepenting Liga Juara Juara Eropah.

Man United memulakan perlawanan dengan teruk sekali. Di mana pertahanan mereka diancam oleh asakan Atalanta. United turut bergelut berdepan dengan  high pressing daripada lawan mereka.

Atalanta menjaringkan dua gol pendahuluan pada separuh masa pertama.

Mario Pasalic meletakkan pelawat di hadapan pada minit ke-15 selepas menerima peluang terbuka di hadapan gol.

Seterusnya, Merih Demiral menjadikan kedudukan 2-0 untuk Atalanta.

Man United memiliki beberapa peluang gol namun gagal disudahkan.

Pada separuh masa kedua, Marcus Rashford mencetuskan kebangkitan United dengan gol menerusi satu penyudah yang sangat kemas mengatasi Musso pada minit ke-53.

Man United terus mengasak ke kubu Atalanta. McTominay hampir menjaringkan gol, namun percubaan beliau terkena tiang.

Ketua pasukan, Harry Maguire akhirnya berjaya menyamakan kedudukan selepas keadaan kelam kabut di dalam kotak penalti. Maguire merembat rendah bola untuk menyamakan kedudukan.

United terlalu unggul dan dominan pada separuh masa kedua. Mereka lebih intensif dan lebih berkeinginan. Atalanta pula hanya duduk di bawah dan menyerap asakan daripada Red Devils.

Ketika aksi berbaki 9 minit, Cristiano Ronaldo, berjaya memberikan gol kemenangan untuk United. Selepas beberapa hari dikritik kerana aksi hambarnya menentang Leicester, Ronaldo ternyata menutup mulut pengkritik dengan tandukan yang menjadi signature beliau.

Atalanta tetap berupaya mencipta beberapa peluang gol namun David De Gea kebal berdepan dengan percubaan mereka.

Tamat perlawanan, Man United 3 Atalanta 2.