Gol Matip minit akhir perlawanan telah memberikan 3 mata berharga buat Liverpool dalam aksi kedua UCL mereka musim ini.

Baca juga artikel

Martial Mengutuk Mourinho Secara Terbuka: “Dia Tak ‘Respect’ Saya”

Kecewa Tak Dimasukkan, Asensio Mengamuk Depan Ancelotti Sambil Sepak Botol Air

Analisis Taktikal Final Piala FA 2022: JDT Kalahkan Terengganu Dalam Banyak Aspek

Ianya kemenangan penting walaupun sukar. Selepas kekalahan memalukan di tangan Napoli minggu lalu.

Liverpool ternyata pasukan lebih baik dalam perlawanan ini. Mohamed Salah akhirnya menemui sentuhan golnya sekali lagi.

Salah meletakkan Liverpool di hadapan pada minit ke-17. Ianya berpunca daripada serangan kilat daripada belakang yang dimulakan Alisson. Jota kemudian melorongkan bola kepada Salah yang terus merembat masuk.

Liverpool terus dominan namun mereka dihukum Ajax akibat kelonggaran di barisan pertahanan sekali lagi. Pada minit ke-27, Ajax menyamakan kedudukan menerusi Mohammed Kudus.

Pada separuh masa kedua, Ajax lebih banyak bertahan dan cuba menyerang balas Liverpool daripada bawah.

Liverpool banyak mencipta peluang gol. Luis Diaz dan Mo Salah antara yang gagal menyudahkan peluang terbaik mereka. Liverpool turut banyak melakukan percubaan tepat termasuk percubaan jarak jauh.

Sebagai perbandingan Liverpool melakukan 23 percubaan ke arah gawang lawan dengan 9 tepat berbanding hanya 3 percubaan oleh Ajax dan cuma 1 tepat.

Pemain gantian Darwin Nunez turut berpeluang menambah gol untuk Liverpool ketika dia menerima hantaran Mohamed Salah. Namun tolakannya sedikit tersasar.

Liverpool akhirnya mendapat kemenangan yang selayaknya mereka raih selepas Joel Matip minit akhir perlawanan, telah menanduk masuk bola. Gol itu dilakukan pada minit ke-89.

Gol Matip Minit akhir

Bola tersebut dikeluarkan pertahanan Ajax, namun jam di tangan pengadil memberikan isyarat bahawa bola sudah masuk.

Liverpool berjaya bertahan dan menang 2-1 di Anfield. Kemenangan pertama mereka musim ini di pentas Eropah. Sekaligus memberikan kelegaan buat Jurgen Klopp.

Sejak 2018, Ajax cuma kalah 2 kali di tempat lawan dalam aksi UCL. Dan kedua duanya dicatatkan di Anfield.

Klopp turut melebarkan rekodnya ke atas Ajax. Di mana hanya Jose Mourinho pengurus yang menikmati lebih banyak rekod kemenangan ke atas Ajax berbanding Klopp.