Juara 13 kali, Real Madrid akhirnya berjaya mengelak daripada dimalukan tersingkir awal daripada Liga Juara Juara Eropah.

Real Madrid memerlukan kemenangan untuk mereka mara ke pusingan seterusnya. Ini kerana mereka bermula daripada kedudukan ketiga sebelum sepak mula.

Berlangsung di Stadium Alfredo Di Stefano, Real Madrid akhirnya tampil dengan aksi garang mereka berdepan dengan Borussia Mochengladbach.

Real Madrid hanya mengambil masa sembilan minit untuk membuka tirai jaringan.

Di mana Benzema menanduk hantaran Lucas Vazquez dan terus menerjah gawang.

Benzema yang menjadi pemain terbaik Madrid musim lalu, sekali lagi mencetak gol pada minit ke-31 – juga menerusi tandukan.

Kali ini Benzema menanduk masuk hantaran lintang oleh Rodrygo. Gol yang mirip kepada jaringan pertama.

Luca Modric telah menambah jaringan Los Blancos pada akhir babak pertama namun dibatalkan kerana ofsaid.

Real Madrid melakukan beberapa lagi percubaan bahaya namun penjaga gol lawan beraksi cemerlang.

Vazquez juga hampir mencipta nama sebagai penjaring gol. Tetapi rembatannya terkena tiang.

Real Madrid menguasai sebahagian besar perlawanan dengan 19 percubaan ke arah gol dilancarkan. 7 adalah tepat.

Berbanding 7 percubaan ke arah gol dan satu tepat oleh Borussia Mochengladbach.

Tamat perlawanan Real Madrid menang 2-0 dan mara sebagai juara kumpulan B.

Borussia Mochengladbach turut mara selepas Shakhtar Donetsk dan Inter Milan seri tanpa jaringan dalam satu lagi aksi.

rea

Saksikan rangkuman di sini:

https://youtu.be/JwyAus76GrI

Baca juga perkembangan lain

UCL: Hatrik Neymar Bantu PSG Bantai Istanbul Basaksehir

Pegawai Keempat Perlawanan PSG-Basaksehir Berdepan Penggantungan 10 Perlawanan

Gagal Tunjuk Taring Sebenar Di Leipzig, Ole Dah Tak Sabar Nak Bangkit Berdepan Man City